Isnin, 29 Jun 2009

Putera Ketiga PUU Selamat Dilahirkan!!!

Assalamualaikum W.B.T.,

Berkat doa dan sokongan daripada semua, Alhamdulillah, isteri saya Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar telah pun selamat melahirkan cahaya mata kami yang ketiga. Putera ketiga kami ini selamat dilahirkan tepat jam 8.34 pagi tadi (29 Jun 2009) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dengan timbangan 3.9 kilogram. Nama bagi Putera ketiga ini masih lagi belum diumumkan selaras dengan sunnah Nabi Muhammad agar memberikan nama hanya setelah hari ke tujuh.

Kepada sesiapa yang berhasrat menziarahi insya Allah isteri saya akan berpantang di kediaman kami di No 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang. Insya Allah mulai 1 Julai 2009.

Sekian dan terima kasih daripada saya dan keluarga saya.

Inilah gambar cahayamata kami yang sempat dirakamkan pada pagi tadi.


Disediakan oleh :
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Pengarah Undang-Undang MPN

Tiada ulasan: