Rabu, 27 Mei 2015

Perhimpunan Bulan Mei oleh Unit OSC


28 Mei 2015, Nilai : Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mei telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Majlis Perbandaran Nilai. Kali ini Unit OSC telah dipilih sebagai Tuan Rumah bagi mengendalikan Perhimpunan Bulanan ini.

En Izzudin, Kaunselor dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah diundang bagi mengisi slot ceramah yang bertajuk "Program Kesejahteraan Psikologi : Tiap Hari Bahagia". Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 8.15 pagi hingga ke jam 9.15 pagi. Majlis kemudiannya bersambung dengan taklimat Koperasi yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Lokman Omar, Pengerusi Koperasi Majlis Perbandaran Seremban & Majlis Perbandaran Nilai.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program Perhimpunan Bulanan tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 25 Mei 2015

Lawatan Sambil Belajar ke MBJB di Johor Baharu


18 Mei 2015, Johor Baharu : Satu Lawatan Sambil Belajar bersempena dengan hasrat Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk memantapkan pencapaian penarafan bintang (star rating) telah diadakan bertempat di Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB).

Lawatan ini disertai oleh Pengarah dan Ketua Ketua Jabatan MPN. 

Kesemua delegasi ini diketuai oleh En Nazri A. Ghani, Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa MPN merangkap Setiausaha MPN. Kesemua delegasi menginap selama satu hari satu malam di Hotel Thistle, Johor Baharu.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program lawatan tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2013

Majlis Jamuan Aidil Fitri 1433 Hijrah
Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MPN
2013


Disediakan oleh : EDITOR