Isnin, 25 Mei 2015

Lawatan Sambil Belajar ke MBJB di Johor Baharu


18 Mei 2015, Johor Baharu : Satu Lawatan Sambil Belajar bersempena dengan hasrat Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk memantapkan pencapaian penarafan bintang (star rating) telah diadakan bertempat di Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB).

Lawatan ini disertai oleh Pengarah dan Ketua Ketua Jabatan MPN. 

Kesemua delegasi ini diketuai oleh En Nazri A. Ghani, Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa MPN merangkap Setiausaha MPN. Kesemua delegasi menginap selama satu hari satu malam di Hotel Thistle, Johor Baharu.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program lawatan tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: