Khamis, 20 Ogos 2009

Pertandingan Bowling Sirkit OGOS 2009

Sengit, hebat, mencabar! Itulah di antara cakap-cakap yang kedengaran di arena bowling Ampang Bowl, di Seremban Parade malam tadi (20 Ogos 2009). Penyertaan 24 peserta di dalam Pertandingan Bowling bagi Bulan Ogos, liga Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa benar-benar menghidupkan suasana yang sangat riuh-rendah tetapi mendebarkan. Kedudukan di takhta teratas menjadi rebutan. Kesemua yang bertanding tidak mahu tercicir mata demi mendapat kedudukan terbaik sebelum diberi penganugerahan mutlak pada bulan Disember nanti.

Di antara perserta yang memberikan saingan hebat pada Sirkit Ogos 2009 malam tadi

Dengan hanya tinggal 4 sirkit sahaja lagi iaitu September hingga Disember, pastinya setiap pemain tidak mahu ketinggalan untuk menambah mata bagi menyaingi pendahulu liga. Mereka yang bertanding kali ini tidak mahu mencicirkan sebarang mata begitu sahaja. Setiap jatuhan pin sangat bermakna, tambahan pula En Syamsul Amri (Pengarah Undang-Undang, MPN) memaklumkan bahawa hadiah kepada pemenang akan dianugerahkan pada akhir tahun (Disember) nanti dengan anugerah akan diberikan kepada pemain yang berada di Ranking PERTAMA hinggalah ke Ranking DUA PULUH. Ketika ditanya mengapa begitu banyak hadiah disediakan, En Syamsul menyatakan, "Ini merupakan satu usaha daripada Jabatan Undang-Undang untuk menyemarakkan usaha meningkatkan permainan Bowling di MPN. Malahan saya percaya dengan anugerah ini setiap pemain akan sentiasa berusaha memperbaiki permainan masing-masing bagi memartabatkan semula taraf dan prestasi Pemain Bowling Jabatan Undang-Undang. Malahan saya juga percaya, pada tahun 2010, kita (Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa) akan merampas kembali gelaran yang kita padamenangi tahun 2008, dan kita akan bukti yang kemenangan kita pada 2008 bukanlah nasib tetapi berasaskan bakat dan kehebatan kita".


Di antara peserta Wanita yang mengambil bahagian

Pertandingan Bowling Sirkit Ogos 2009 diawalkan bagi memberi penghormatan kepada bulan Ramadhan 1430 Hijriah. Maka dengan ini, para peserta boleh memberi fokus kepada bulan Ramadhan selepas ini dengan amal ibadah, insya Allah. 

Pertandingan pada kali ini menyaksikan saingan sengit di peringat takhta liga semakin sengit. Namun, Syahiran masih lagi berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu liga dengan perbezaan 15 pin sahaja (keseluruhan) berbanding En Syamsul yang masih mengekori rapat. Keputusan malam tadi mungkin akan berubah jika tidak disebabkan oleh permainan PUU yang merosot di game yang ketiga dan keempat. Nur Hafiz pula, seolah-olah alah pada tekanan yang diberikan oleh pesaing-pesaing di lane pertama yang menyebabkan Nur Hafiz tidak dapat memberikan persembahan meyakinkan sepertimana bulan-bulan sebelumnya. Walaupun Hafiz hanya menduduki tangga ke 11 pada malam tadi, namun beliau masih lagi berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ketiga keseluruhan.

Nur Hafiz seolah tidak percaya dengan pencapaiannya malam tadi

Syukri, kini telah kembali mendapatkan semula rentak permainannya dengan kelmbali melonjak ke tangga 4 setelah merosot teruk pada Sirkit Julai 2009.


Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa jika ada pihak yang menyatakan bahawa kita sudah tahu siapa pemenangnya.... maka silaplah mereka, kerana persaingan yang diperlihatkan begitu jauh daripada penyelesaian. Ingat, walaupun kini berada di atas, anda semua masih ada 4 sirkit lagi. Kita perslu sedar, Shalin Zulkifli pun pernah tewas pada balingan terakhir walaupun pada suatu ketika ramai menjangka bahawa pingat emas sudah berada di dalam genggaman!!


Dilaporkan oleh :










Saudara Zainal Abidin Rawop

Tiada ulasan: