Isnin, 24 Ogos 2009

Tahniah Jelani Rashik Dengan Kelahiran Cahaya Mata

TAHNIAH BUAT SDR JELANI RASIK

Pada 14 Ogos 2009 selepas Asar, isteri kepada Sdr Jelani Rasik telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga di Hospital Temerloh, Pahang, Bayi seberat 4kg itu telah dinamakan sebagai Danish Al Aiman.





(fndy@7: moga bertambah rezeki menjelang hari Raya Aidilfitri dan hari-hari yang mendatang)

Khamis, 20 Ogos 2009

Pertandingan Bowling Sirkit OGOS 2009

Sengit, hebat, mencabar! Itulah di antara cakap-cakap yang kedengaran di arena bowling Ampang Bowl, di Seremban Parade malam tadi (20 Ogos 2009). Penyertaan 24 peserta di dalam Pertandingan Bowling bagi Bulan Ogos, liga Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa benar-benar menghidupkan suasana yang sangat riuh-rendah tetapi mendebarkan. Kedudukan di takhta teratas menjadi rebutan. Kesemua yang bertanding tidak mahu tercicir mata demi mendapat kedudukan terbaik sebelum diberi penganugerahan mutlak pada bulan Disember nanti.

Di antara perserta yang memberikan saingan hebat pada Sirkit Ogos 2009 malam tadi

Dengan hanya tinggal 4 sirkit sahaja lagi iaitu September hingga Disember, pastinya setiap pemain tidak mahu ketinggalan untuk menambah mata bagi menyaingi pendahulu liga. Mereka yang bertanding kali ini tidak mahu mencicirkan sebarang mata begitu sahaja. Setiap jatuhan pin sangat bermakna, tambahan pula En Syamsul Amri (Pengarah Undang-Undang, MPN) memaklumkan bahawa hadiah kepada pemenang akan dianugerahkan pada akhir tahun (Disember) nanti dengan anugerah akan diberikan kepada pemain yang berada di Ranking PERTAMA hinggalah ke Ranking DUA PULUH. Ketika ditanya mengapa begitu banyak hadiah disediakan, En Syamsul menyatakan, "Ini merupakan satu usaha daripada Jabatan Undang-Undang untuk menyemarakkan usaha meningkatkan permainan Bowling di MPN. Malahan saya percaya dengan anugerah ini setiap pemain akan sentiasa berusaha memperbaiki permainan masing-masing bagi memartabatkan semula taraf dan prestasi Pemain Bowling Jabatan Undang-Undang. Malahan saya juga percaya, pada tahun 2010, kita (Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa) akan merampas kembali gelaran yang kita padamenangi tahun 2008, dan kita akan bukti yang kemenangan kita pada 2008 bukanlah nasib tetapi berasaskan bakat dan kehebatan kita".


Di antara peserta Wanita yang mengambil bahagian

Pertandingan Bowling Sirkit Ogos 2009 diawalkan bagi memberi penghormatan kepada bulan Ramadhan 1430 Hijriah. Maka dengan ini, para peserta boleh memberi fokus kepada bulan Ramadhan selepas ini dengan amal ibadah, insya Allah. 

Pertandingan pada kali ini menyaksikan saingan sengit di peringat takhta liga semakin sengit. Namun, Syahiran masih lagi berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu liga dengan perbezaan 15 pin sahaja (keseluruhan) berbanding En Syamsul yang masih mengekori rapat. Keputusan malam tadi mungkin akan berubah jika tidak disebabkan oleh permainan PUU yang merosot di game yang ketiga dan keempat. Nur Hafiz pula, seolah-olah alah pada tekanan yang diberikan oleh pesaing-pesaing di lane pertama yang menyebabkan Nur Hafiz tidak dapat memberikan persembahan meyakinkan sepertimana bulan-bulan sebelumnya. Walaupun Hafiz hanya menduduki tangga ke 11 pada malam tadi, namun beliau masih lagi berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ketiga keseluruhan.

Nur Hafiz seolah tidak percaya dengan pencapaiannya malam tadi

Syukri, kini telah kembali mendapatkan semula rentak permainannya dengan kelmbali melonjak ke tangga 4 setelah merosot teruk pada Sirkit Julai 2009.


Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa jika ada pihak yang menyatakan bahawa kita sudah tahu siapa pemenangnya.... maka silaplah mereka, kerana persaingan yang diperlihatkan begitu jauh daripada penyelesaian. Ingat, walaupun kini berada di atas, anda semua masih ada 4 sirkit lagi. Kita perslu sedar, Shalin Zulkifli pun pernah tewas pada balingan terakhir walaupun pada suatu ketika ramai menjangka bahawa pingat emas sudah berada di dalam genggaman!!


Dilaporkan oleh :










Saudara Zainal Abidin Rawop

Selasa, 11 Ogos 2009

Bacaan Yasiin Nsfu Syaaban

Majlis Bacaan Yassin Sempena
Nisfu Syaa ban

Pada 5 Ogos 2009 satu majlis bacaan Yassin dengan diketuai oleh En Syamsul Amri pengarah JUUP telah diadakan di surau MPN, tujuan bacaan tesebut adalah bersempena dengan Nifsu Syaa ban.

Antara kakitangan MPN yg berkesempatan hadir

Bacaan Yassin dan Doa Selamat
Kakitangan Wanita juga turut serta
Majlis di adakan di surau MPN
"pengertian"

"Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan
yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang
baru akan bermula sebaik sahaja masuk Maghrib. (15 Sya'aban bermula
pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib"

Majlis Jamuan Hari Lahir JUUP



MAJLIS JAMUAN HARI LAHIR
JUUP



Pengarah JUUP bersama En Razali, En Salimi, En Nadzri menikmati jamuan
fndy07: jamuan hasil perkongsian kakitangan jabatan

Antara kakitangan yang berkesempatan hadir
fndy07: macam dah tak sabar nak makan jer
selamat hari lahir kepada:
Thayalan Balaraj



Noor Azizi
Mohd Shafaren Ishak
YM Raja Hafis
Muhamad Yunus Yusof
Cik YogisAbd Halim bin Abu Bakar
Nurhashima Hassim
Mohd Sharulnizam Johari
Adinor Azrul Darnis
Mohd Yunus Mobarak Ali
Mazlan Muhamad
Ahmad Fitri Sohaimi
Mohd Suffian Jolkepih
Pn Julia Adnan
Mohd Faizal Azizi
Mohd Hamizi Ramli
En Mohd Razali Ismail
Tuan Pengacara Majlis segak bergaya
fndy 07: happy birthday to tou all......................
Mengamin kan Doa yang dibaca oleh En Safwan