Ahad, 6 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru Wahida dan Azrin !!!

Selamat Pengantin Baru
.
Ikhlas Buat Nor Mohd Azrin bin Zainuddin
&
Nur Wahida binti Shamsu Ariffin
.
.
Seluruh warga Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan dengan ini mengucapkan Selamat Pengantin baru buat Nor Mohd Azrin yang merupakan kakitangan Jabatan Perancang Bandar & Desa, MPN bersama pilihan hatinya Nur Wahida daripada Jabatan Hal Ehwal Komuniti dan Aduan Awam, MPN yang telah melangsungkan majlis perkahwinannya pada 6 Jun 2010 bertempat di Rumah Rakyat Sikamat. Majlis ini telah turut dihadiri oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN) bersama-sama dengan ahli keluarganya.
.
Dijadualkan, majlis persandingan di rumah pihak lelaki akan dilangsungkan pada 13 Jun 2010 bertempat di Rumah Rakyat Gemas.
.
Majlis persandingan kedua mempelai telah dilangsungkan dengan cukup meriah sekali. Dengan ini kami daripada Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan sekali lagi mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat!!!
.
Suasana di khemah jamuan, di rumah Nur Wahida di Sikamat Pasangan pengantin sempat memberikan pose istimewa di meja santapan
'Bouquet' Bunga yang dikirimkan oleh YAB Menteri Besar dan YM Raja Datin Seri Kek khas untuk pengantin yang telah siap sedia untuk dipotong
Pasangan Pengantin ketika acara pemotongan kek dijalankanLagi gambar yang sempat dirakamkan
Anak-anak PUU yang sedang menjamu selera di ruang hidang VVIP
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: