Jumaat, 19 November 2010

Majlis SIRIM-INDUSTRI 2010 di Sunway Resort Hotel & SPA

19 November 2010, Selangor - Satu Majlis SIRIM-INDUSTRI telah diadakan di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel & SPA di Selangor. Majlis Perbandaran Nilai telah turut dijemput ke majlis ini bagi menerima anugerah Pensijilan Pengurusan Kualiti ISO 9001. Majlis Perbandaran Nilai diketuai oleh En Alias Mansor, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPN yang bertindak mewakili YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai yang tidak dapat hadir ke program ini kerana urusan yang tidak dapat dielakkan..
.
Majlis telah turut dihadiri oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan serta beberapa orang pengarah daripada Jabatan-Jabatan lain MPN.
.
Majlis dimulakan pada jam 8.15 malam dengan ketibaan YBhg Datuk Hajah Jamaliah Kamis, pengerusi SIRIM Berhad..
.
Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh salah seorang wakil urusetia daripada SIRIM Berhad.
Pada jam 8.45 malam kesemua yang hadir telah dijamu dengan hidangan makan malam yang menyelerakan oleh pihak hotel. Majlis disamping itu diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan seperti berikut:
.
1. Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Sektor Automotif (ISO/TS 16949)
2. Skim Pensijilan Barangan
3. Skim Pensijilan Sistem HACCP (MS 1480)
4. Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan (ISO 22000)
5. Skim Pensijilan Pengurusan Perkhidmatan Teknologi Maklumat (ISO/IEC 20000-1)
.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan hiburan oleh penyanyi yang diundang khas oleh pihak SIRIM Berhad.
.
Selepas itu seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah berikut:
.
6. Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan pekerjaan (OHSAS 18001)
7. Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001)
8. Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001)
9. Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Peralatan Perubatan (ISO 13485)
10. Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Perhutanan (FMC)
.
Majlis kemudiannya dihiburkan pula dengan persembahan nyanyian lagu seterusnya.
.
Dan sekali lagi sijil penghargaan diteruskan, kali ini kepada:
.
11. Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)(ISO/IEC 27001)
12. Skim Pensijilan Chain-of-Custody (COC)
13. Skim Pensijilan GMP (MS 1514)
14. Skim Pensijilan Sistem Pengeurusan Kualiti Perspektif Islam (MS 1900)
15. Skim Pelabelan Eko SIRIM dan
16. Malaysian Brand Certification Scheme
.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan hiburan terakhir daripada sebelum kesemua tetamu kehormat dan jemputan bersurai kembali ke destinasi masing-masing. Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam.
.

Pn Jamaliah ketika menyampaikan ucapan perasmianSuasana di meja MPN ketika mendengar ucapan perasmian
En Alias, En Nasir dan En Syamsul bergambar bersama
En Alias kelihatan telah bersiap sedia untuk naik ke atas pentas menerima sijil penghargaan pengiktirafan daripada pihak SIRIM
En Lotfee turut bergaya
Suasana di meja pegawai-pegawai yang terlibat dengan ISO dari MPN
Suasana rancak di meja para pegawai MPN
En Saleh, En Muruges dan En Hasnor
Mula naik ke pentas menerima anugerah
Kelihatan juga En Saiful Azuar dan Pn Norleeza
Suasana meriah ketika makan mula dihidangkan
Bergambar sebagai tanda kenangan....
Pelbagai jenis hidangan dihidangkan...

Suasana ceria di meja pegawai
Beginilah suasana dewan yang penuh
Tayangan video / slaid oleh pihak SIRIM
Tayangan berkaitan pengiktirafan yang diberikan

Penyampaian anugerah bermula...
Kelihatan En Alias Mansor naik ke atas pentas menerima sijil penghargaan dari pihak SIRIM BerhadBerbangga sebagai PBT pertama di Negeri Sembilan menerima pengiktirafan ini
En Alias Mansor bergambar bersama sijil yang baru diterima tadi
Hasnor dan Halim turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama sijil penghargaan yang diterima MPN
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: