7 April 2012, Seremban : Acara Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan 2012 dimulakan dengan acara Bowling. Pelbagai kategori dipertandingkan. Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah bergelar juara keseluruhan menumpaskan pasukan-pasukan lain.
En. Syamsul Amri Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN telah diisytiharkan selaku Johan Individu Kategori VIP menumpaskan lain-lain peserta. Ini bermakna, En Syamsul telah mempertahankan kejuaraan ini buat tahun kedua berturut-turut.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Siow Chen Pin, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Negeri Sembilan.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa upacara penyampaian hadiah tersebut berlangsung.














Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan