Jumaat, 14 Ogos 2015

Jamuan Aidil Fitri 1436 Hijrah JUUP Meriah !!!

14 Ogos 2015, Nilai : Satu Majlis Jamuan Aidil Fitri 1436 Hijrah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan telah diadakan bertempat di Pejabat JUUP pada 14 Ogos 2015. Segala juadah dan hidangan disediakan hasil daripada gagasan dan idea para pegawai dan kakitangan JUUP sendiri mengikut kumpulan kawasan dan unit-unit di dalam JUUP.

"Saya ingin memuji usaha serta inisiatif yang telah ditunjukkan oleh para Pegawai dan Kakitangan, anak-anak buah bagi memastikan program yang direncanakan ini berjaya dilaksanakan dengan cukup berjaya, ceria dan meriah sekali..." ujar Pengarah Undang-Undang (PUU) ketika ditanya.

Program ini telah dihadiri oleh ramai kakitangan Majlis Perbandaran Nilai termasuk Pengarah-Pengarah dan Ahli-Ahli Majlis. Alhamdulillah, program tersebut telah berlangsung dengan meriahnya...

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program jamuan tersebut berlangsung.

Gigih Anggota Penguatkuasa ketika membakar Sate...
Apo kono kau Azrul?
 Ada apa-apa ke?
PUU bersama Pengarah dan Kakitangan Jabatan Kewangan, MPN
PUU bersama rakan-rakan Pengarah dan Ahli Majlis MPN
PUU bersama Ustazah Nik Salida (Penceramah / Rancangan 3 Ustazah dan Suaminya En Najib)
En Nasir leka memilih santapan...
Bergamber bersama wakil Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) Seremban
 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: