Pada 16 September 2009, bersamaan dengan 26 Ramadhan 1430 Hijrah, telah berlangsungnya satu program Ihya Ramadhan 1430 Hijrah bertempat di Surau MPN. Program ini telah dihadiri oleh Y.Bhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai. Program ini telah dimulakan dengan program Bacaan Yasiin dan Tahlil Arwah, khusus menurut permintaan 62 orang kakitangan MPN untuk Allahyarham & Allahyarhamah yang datang daripada keluarga masing-masing. Bacaan Yasiin & Tahlil Arwah ini telah bermula pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 6.15 petang. Program ini disusuli pula dengan Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Biro Agama KESUMAS iaitu En Syamsul Amri bin Hj Ismail. Di dalam program ini juga Y.Bhg Dato YDP telah bersetuju untuk menaiktaraf Biro Agama ini menjadi Persatuan.
Selepas selesai ucapan, Y.Bhg Dato YDP telah sudi menyampaikan cenderahati kepada ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim kakitangan MPN. Kemudiannya Y.Bhg Dato YDP telah sudi menyampaikan cenderahati kepada kesemua peserta program Tadarus yang terdiri daripada 16 orang perempuan dan 4 orang lelaki yang juga telah khatam Al-Qur'an pada jam 4.30 petang hari yang sama. Setelah selesai, En Syamsul telah menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Dato YDP.
Sebaik sahaja selesai upacara tersebut, Dato YDP bersama-sama sekelian jemaah yang hadir telah bergerak ke kantin bagi bersedia untuk menikmati juadah berbuka puasa. Sebaik selesai menikmati santapan ringan, kesemua jemaah yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan dan Kakitangan terus bergerak ke surau semula untuk melaksanakan Solat Maghrib berjemaah. Solat Maghrib telah diketuai oleh En Syamsul Amri bin Ismail.
Selepas selesai Solat Maghrib, kesemua jemaah bergerak semula ke Kantin bagi menikmati jamuan makan malam. Aturcara selepas itu diteruskan dengan Solat Isya' berjemaah, Solat Tarawih, Moreh dan bersurai. Terima kasih diucapkan di atas kerjasama semua di dalam menjayakan program yang penuh berkat ini, mudah-mudahan usaha yang baik ini dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT.




























Tiada ulasan:
Catat Ulasan