Jumaat, 18 September 2009

Seminar Kenegaraan Dalam Konteks Perlembagaan Persekutuan

Satu Seminar Kenegaraan Dalam Konteks Perlembagaan Persekutuan telah diadakan pada 30 Jun 2009 bertempat di Klana Resort, Seremban. Seminar ini diadakan bagi tujuan menerangkan konsep serta maksud sebenar peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato Radzi Kail, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Seminar ini telah disampaikan oleh Datuk Hj Mohd Noor Sulaiman, yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Majlis Perbandaran Nilai telah diwakili oleh tiga orang Pegawai iaitu En Syamsul Amri Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang), En. Zulkiefly Nasir (Pengarah Penilaian) dan En Mas Rafi (Jabatan Khidmat Pengurusan).

Barisan VVIP Di Pentas Utama Datuk Hj Mohd Noor, YB Dato Radzi dan Pengarah JPNIN Pengarah JPNIN menyampaikan kata-kata aluan
Jabatan Perpaduan Negara & Integriti Nasional (JPNIN) merupakan penganjur bagi program ini
YB Dato Radzi menyampaikan ucapan perasmian





Sekian & Terima Kasih


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: