Jumaat, 18 September 2009

Surau MPN Berwajah Baru !!!

Semenjak pengumuman tentang program Ihya Ramadhan iaitu dua minggu sebelum program dilaksanakan, Biro Agama & Kebajikan KESUMAS telah mengeluarkan borang bagi sesiapa yang berminat untuk memberikan senarai nama arwah untuk tahlil serta sumbangan. Sumbangan yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik suasana, persekitaran serta kemudahan penting di surau MPN. Alhamdulillah, Biro Agama & Kebajikan telah berjaya mengumpul sejumlah RM 1702.00. Ini merupakan satu jumlah yang sangat memberangsangkan. Berikut disertakan gambar-gambar di antara barang yang didapatkan berasaskan sumbangan orang ramai tadi.

Kain pelikat Cap Gajah Duduk untuk keselesaan tetamu luar untuk bersolat Tasbih untuk kemudahan jemaah berwirid
Kitab Al-Qur'an ditambah bagi memudahkan sebarang program Tadarus mahupun Tilawah Al-Qur'an diadakan
Tambahan sejadah-sejadah baru yang berkualiti untuk menampung jemaah yang ramai
Rehal untuk membolehkan pembaca Al-Qur'an dapat membaca Al-Qur'an dalam keadaan yang lebih beradab
Koleksi Kitab Yasiin yang ditambah, mampu menampung sehingga 100 orang membaca Yasiin pada satu-satu masa
Banting bacaan Selawat untuk Solat Tarawih yang didapatkan di Pejabat Mufti N. Sembilan
Telekung Wanita turut ditambah bagi keselesaan Jemaah Wanita
Keadaan yang lebih kemas dan tersusun
Poster-Poster ayat turut dibeli bagi menghidupkan suasana di Surau
Pemandangan daripada Saf Belakang surau
Pemandangan secara keseluruhan
Keadaan yang sangat selesa ini perlu diambil manfaat oleh kakitangan untuk menambahkan amal ibadat
Pemandangan di pintu masuk lelaki
Pemandangan di ruang Solat Wanita
Kitab-Kitab Yasiin disusun dengan kemas dan teratur
Sekian & Terima Kasih !!!!

Disediakan oleh : EDITOR

Program Ihya Ramadhan 1430 Hijriah Anjuran Biro Agama KESUMAS

Pada 16 September 2009, bersamaan dengan 26 Ramadhan 1430 Hijrah, telah berlangsungnya satu program Ihya Ramadhan 1430 Hijrah bertempat di Surau MPN. Program ini telah dihadiri oleh Y.Bhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai. Program ini telah dimulakan dengan program Bacaan Yasiin dan Tahlil Arwah, khusus menurut permintaan 62 orang kakitangan MPN untuk Allahyarham & Allahyarhamah yang datang daripada keluarga masing-masing. Bacaan Yasiin & Tahlil Arwah ini telah bermula pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 6.15 petang. Program ini disusuli pula dengan Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Biro Agama KESUMAS iaitu En Syamsul Amri bin Hj Ismail. Di dalam program ini juga Y.Bhg Dato YDP telah bersetuju untuk menaiktaraf Biro Agama ini menjadi Persatuan.


Selepas selesai ucapan, Y.Bhg Dato YDP telah sudi menyampaikan cenderahati kepada ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim kakitangan MPN. Kemudiannya Y.Bhg Dato YDP telah sudi menyampaikan cenderahati kepada kesemua peserta program Tadarus yang terdiri daripada 16 orang perempuan dan 4 orang lelaki yang juga telah khatam Al-Qur'an pada jam 4.30 petang hari yang sama. Setelah selesai, En Syamsul telah menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Dato YDP.


Sebaik sahaja selesai upacara tersebut, Dato YDP bersama-sama sekelian jemaah yang hadir telah bergerak ke kantin bagi bersedia untuk menikmati juadah berbuka puasa. Sebaik selesai menikmati santapan ringan, kesemua jemaah yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan dan Kakitangan terus bergerak ke surau semula untuk melaksanakan Solat Maghrib berjemaah. Solat Maghrib telah diketuai oleh En Syamsul Amri bin Ismail.




Selepas selesai Solat Maghrib, kesemua jemaah bergerak semula ke Kantin bagi menikmati jamuan makan malam. Aturcara selepas itu diteruskan dengan Solat Isya' berjemaah, Solat Tarawih, Moreh dan bersurai. Terima kasih diucapkan di atas kerjasama semua di dalam menjayakan program yang penuh berkat ini, mudah-mudahan usaha yang baik ini dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT.



Jemaah mula hadir ke surau pada jam 5.30 petang
Suasana jemaah yang menantikan kehadiran Y.Bhg Dato YDP
Sekelian jemaah menanti dengan penuh sabar
Jemaah wanita sudah mula memenuhi ruangan jemaah wanita
Lagi jemaah wanita yang hadir
Jemaah wanita yang setia menanti acara bermula
Setibanya Y.Bhg Dato YDP, bersalaman dengan semua yang hadir
Saudara Safwan mempengerusikan majlis
En Syamsul membacakan senarai nama arwah sambil diperhatikan oleh Dato YDP
Bersiap sedia untuk bacaan Yasiin
Bacaan Yasiin bermula
Bacaan Yasiin secara tertil dan mengikut tertib
Tidak kurang daripada 50 orang yang telah menyertai bacaan Yasiin dan Tahlil ini
Program ini merupakan yang kali ketiga di bawah pimpinan En Syamsul semenjak bergelar PUU di MPN
Sebaik selesai bacaan Yasiin dan Tahlil Arwah, En Syamsul menyampaikan ucapan alu-aluan
Saudara Safwan menjemput Y.Bhg Dato YDP menyampaikan cenderahati
En. Zulkiefly Nasir antara yang hadir ke majlis ini
Dimulakan dengan penyampaian sumbangan ibu tunggal dan anak yatim



Diikuti dengan penyampaian cenderahati Tadarul Al-Qur'an




Fitri selaku wakil Tadarus Wanita


Cenderahati pertama buat Y.Bhg Dato YDP berupa Tafsir Al-Quran
Cenderahati kedua berupa sejadah khas untuk imam sejajar dengan pengiktirafan Y.Bhg Dato selaku pemimpin utama MPN dan MPS
Dan cenderahati ketiga berupa buah-buahan
Reaksi jemaah wanita ketika menanti waktu berbuka puasa
Jemaah wanita seolah berbincang sesuatu sebaik sahaja selesai program
En Nasir turut bersama sehingga ke akhir program
Antara ketua Jabatan yang hadir; En Zulkiefly, En. Saiful dan En Nazri
Perbualan rancak kelihatan antara Y.Bhg Dato YDP dengan Pengerusi Biro Agama



Sekian & Terima Kasih


Dilaporkan oleh : EDITOR