Isnin, 1 Februari 2010

Hadiah Tahun Baru Dapat Orang Baru

HADIAH TAHUN BARU
DAPAT ORANG BARU
Time tengah mengamuk
Lepas mengamuk lena sungguh dia tidur
Bersama ibunya yang sedang berpantang
baru pas keluar labour room
Anugerah Allah ini telah dinamakan dengan nama
RAYYAN ADHNI BIN HASNOR EFFENDI

Salam, Syukur ke hadrat Allah diatas izin segala yang diimpikan
akhirnya terlaksana dengan selamatnya apabila isteri saya melahirkan
bayi lelaki seberat 2.95kg tepat jam 1.50 petang
Setiap debaran diselangi dengan doa semasa menanti detik
kelahirannya banyak mengajar erti sabar.
Terima kasih diatas doa semua yang sudi mendoakan
kesejahteraan buat isteri saya menghadapi detik-detik
melahirkan anak sulung kami tersebut.
walaupun tidak dibenarkan untuk masuk bersama
isteri tercinta tatkala menghadapi detik-detik tersebut
namun doa setiasa diutus agar segala nya berjalan lancar.
RAYYAN ADHNI yang membawa maksud pintu syurga
bagi orang-orang yang berpuasa telah dinamakan buat
bayi comel anugerah Allah itu.
Terima kasih juga ditujukan kepada Pengarah Undang-Undang
En Syamsul Amri yang sudi meluangkan masa
bagi melawat isteri dan baby Rayyan tempoh hari
terima kasih dari saya HASNOR EFFENDI AMIRULLAH

Tiada ulasan: