Rabu, 30 Disember 2009

Perhimpunan Pagi MPN Bagi Bulan Disember 2010

Majlis Perhimpunan Pagi MPN telah diadakan pada jam 8.00 pagi 31 Disember 2009 bertempat di Bilik Gerakan MPN. Perhimpunan pagi bagi bulan Disember telah dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Komuniti dan Aduan Awam. Bagi bulan ini, penceramah jemputan adalah Y.Bhg Ustaz Shahrizan yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam yang bertugas di Masjid Negeri, Negeri Sembilan.
.
Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan dengan Awal Muharram. Ceramah ini nyata menarik perhatian kakitangan daripada setiap Jabatan yang hadir. Turut sama hadir ke Perhimpunan Pagi ini adalah Y.Bhg Dato' Hj Abd. Halim bin Hj Abd. Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.
. Di antara kakitangan yang hadir Ustaz Shahrizan menyampaikan ceramahnya
Lagi suasana yang sempat dirakamkan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: