Rabu, 30 Disember 2009

Syahiran Juara Bowling Sirkit 2009!

SYAHIRAN JUARA 2009!!
.
.
Syahiran Syazwan, Pembantu Penguatkuasa daripada Jabatan Undang-Undang MPN telah membuktikan kehebatannya apabila mengungguli senarai keseluruhan pertandingan Liga Bowling Jabatan Undang-Undang MPN apabila menduduki tangga pertama pada pertandingan bowling yang diadakan di Ampang Bowl, Seremban Parade pada 26 Disember 2009 yang lalu.
.
Beliau bukan sahaja menang bagi sirkit Disember 2009 tetapi juga menjuarai secara keseluruhannya dengan mengumpul 5,597 mata. Beliau meninggalkan Saudara Syamsul Amri (PUU) di tangga kedua dengan 5,467 mata iaitu 130 mata di belakang Syahiran. Manakala Nurhafiz Jasman terpaksa berpuashati di tangga ketiga dengan 5,244 mata.
.
Pada malam tersebut, PUU telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua peserta bowling yang berada di kedudukan pertama hinggalah ke kedudukan dua puluh. Paling tidak disangka-sangka adalah apabila Saudara Abd Halim yang telah berjaya mencuri tumpuan apabila mendapat tempat ketiga pada malam pertandingan sirkit bulan Disember yang mana merupakan pencapaian terbaik beliau. Namun, beliau menduduki tangga ke tujuh secara keseluruhannya.
.
Apa pun, tirai 2010 bakal dibuka, dan pastinya lebih ramai lagi kakitangan Jabatan Undang-Undang yang akan bersaing bagi menggugat kedudukan Syahiran pada tahun hadapan.
.
Tahniah buat Syahiran! Pada yang lain, usaha lagi pada tahun hadapan!!
.
.
SUASANA PERTANDINGAN AKHIR
.
Suasana di malam pertandingan Sirkit Akhir
Halim dan Fadhil yang sedang bersiap sedia
Syahiran hanya tersenyum melihat rakan-rakan lain ketinggalan mata
Pelbagai gaya dan aksi
.
.
PENYAMPAIAN HADIAH
.
Hamizi menerima hadiah dengan kedudukan ke-19
Lai Sin Yee di tangga ke-15
Hasnor meraih tempat ke-12
Yogis yang meraih tempat ke-14
Nur Hanis di tangga ke-13Rusniwati di tangga ke-10
Halim di tempat ke-7
Helmi di tangga ke-9
Fitri di tangga ke-8
Abu (Brother) di tangga ke-6
Fadil di tangga ke-4
Nur Hafiz di tangga ke-3
Fitri menerima hadiah bagi pihak PUU di tangga ke-2
Dan inilah juara bagi sirkit 2009, Syahiran Syazwan
.
JAMUAN MAKAN
.
Pada malam tersebut, selepas selesai penyampaian hadiah PUU telah mengumumkan jamuan makan yang berlangsung di Restoran KFC di Temiang. Semua yang hadir merasa terkejut dengan pengumuman itu dan pada yang tidak hadir merasa sedikit terkilan! (Siapa suruh tak datang!!)
.
Suasana ketika jamuan makan di KFC Temiang, Seremban
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: