Jumaat, 11 Disember 2009

Lawatan Majlis Daerah Baling ke MPN !!

Pada 10 Disember 2009 telah berlangsungnya satu lawatan sambil belajar yang telah dijalankan oleh Majlis Daerah Baling ke MPN. Delegasi MD Baling telah tiba pada jam 11.30 malam 9 Disember 2009 dengan menginap di Hotel Seri Malaysia, Seremban.
.
Delegasi daripada MD Baling telah tiba di MPN pada 10 Disember 2009, lebih kurang jam 8.45 pagi dan telah disambut oleh pihak Khidmat Pengurusan. Ketibaan mereka dimulakan dengan majlis jamuan sarapan pagi. Sebaik sahaja selesai delegasi dibawa ke bilik Serai Wangi bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Alias Mansor (Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPN).
.
Sebaik sahaja selesai majlis diteruskan dengan sesi soal jawab oleh Delegasi MD Baling yang diketuai oleh Tuan Saiful iaitu merupakan Setiausaha MD Baling. Setelah selesai sesi soal jawab, delegasi MD Baling ini telah dibawa melawat ke setiap jabatan-jabatan di dalam MPN. Setelah selesai lawatan, diakhiri dengan jamuan makan tengahari serta sesi bergambar diadakan di lobi MPN.
.
MPN dengan ini mengalu-alukan ketibaan MD Baling ke MPN dan harapan kami, kalau ada umur yang panjang insya Allah kami akan ke sana pula.
.
Delegasi MD Baling tekun mendengar penerangan daripada En. Alias Mansor
Di antara pegawai-pegawai MPN yang berkesempatan hadir
Tuan Hj Ali Luman (Setiausaha MPN) menyampaikan cenderahati tanda kenangan buat Tuan Saiful (Setiausaha MD Baling)
Bersedia untuk sesi bergambar
Gambar yang sempat dirakamkan untuk kenang-kenangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: