Hasrat pasukan bolasepak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk merangkul gelaran berganda selepas bergelar juara Pertandingan Bolasepak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Julai lalu tidak kesampaian apabila kecundang menerusi sepakan penalti kepada pasukan Rasah Jaya FC di perlawanan akhir Liga Taman merebut Piala Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS). MPN ternyata longgar di barisan hadapan dengan ketiadaan pemain penyerang utamanya Federaushdan yang digantung perlawanan ekoran kad kuning kedua yang diterimanya di perlawanan separuh akhir menentang pasukan Andalas.
.
Namun, agak mengejutkan juga kerna MPN masih mampu menyumbat 3 gol meskipun tanpa penyerang utamanya. Perlawanan berlangsung dengan keputusan sepenuh masa MPN 3 Rasah Jaya FC 3. Dengan kedudukan seri ini telah mengheret kepada penentuan sepakan penalti yang mana dimenangi oleh pasukan Rasah Jaya dengan 3 - 2.
.
Dengan kemenangan ini Pasukan Rasah Jaya FC membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000 dan MPN pula merangkul wang tunai berjumlah RM 3,000 selaku Naib Juara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Abd. Halim bin Hj. Abd. Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.
.
Kepada pasukan Rasah Jaya FC tahniah diucapkan dan kepada pasukan MPN, jangan putus asa, cuba lagi pada masa yang akan datang. Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik anda!!
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar suasana malam final yang telah sempat dirakamkan.
.

































Tiada ulasan:
Catat Ulasan