Selasa, 2 Ogos 2011

Seminar Tunggakan Sewa di Hotel The Emperor, Melaka

Satu Seminar Kutipan Tunggakan Sewa telah dianjurkan oleh pihak Tetuan Nazrin Nasir T Anand & Co. seminar ini telah berlangsung selama 4 hari dan 3 malam mulai 18 Julai 2011 hingga 21 Julai 2011 bertempat di Hotel The Emperor, Melaka. Seminar ini telah diadakan bagi tujuan memberi pendedahan prosedur perundangan yang tepat supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak melakukan sebarang kecuaian undang-undang di dalam mengenakan tindakan kepada penyewa yang gagal membayar tunggakan sewa kepada PBT.

Seminar ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Anandan P. Thatchamoorthy, peguam di firma guaman Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co. Firma guaman ini merupakan salah satu daripada panel guaman yang dilantik menjalankan kes-kes pendakwaan cukai taksiran pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Di antara PBT yang telah menghantar peserta bagi seminar ini adalah daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Daerah Jerantut, Majlis Daerah Tapah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Subang Jaya serta tidak ketinggalan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Majlis Perbandaran Nilai telah diwakili oleh En Mohd Lotfee Abdullah (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Kesihatan & Perlesenan), Pn. Ruhiyati Idayu Mohamad Jali (Pengarah Jabatan Perbendaharaan) dan juga En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan).

Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa seminar tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: