Rabu, 13 Julai 2011

Pelancaran Pasukan Penampal MPN

12 Julai 2011, Nilai : Satu majlis pelancaran pasukan penampal jalan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah di adakan di Jalan 2/5 Taman Semarak, Nilai. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Nilai.

Dengan pelancaran ini, diharapkan MPN akan berjaya menangani segala aduan berkaitan kerosakan jalan dengan lebih cekap dan berkesan di sekitar MPN.

Turut sama hadir di dalam program ini adalah En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan, En Nazri A. Ghani, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar & Desa, En Zulkiefly Nasir, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, En Nasiruddin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Landskap serta En. Saiful Azuar Ahmad Jadi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komuniti & Aduan Awam.

Majlis bermula pada jam 12.50 tengahari dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang. Di dalam majlis ini juga telah berlangsungnya sidang akhbar bagi menjawab segala persoalan berkaitan perkembangan terkini yang telah dijalankan oleh pihak MPN, termasuklah perkembangan tindakan-tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes judi internet yang sudah mula menghantui masyarakat sekitar.

Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang majlis ini berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: