Isnin, 11 Julai 2011

Ceramah Isra' Mikraj 1432 Hijrah oleh Ustaz Farid Rawi

Pada 1 Julai 2011, bertempat di Bilik Gerakan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah berlangsungnya satu Ceramah bersempena dengan Sambutan Isra' Mikraj 1432 Hijrah. Sambutan bagi memperingati peristiwa bersejarah pengembaraan Nabi Muhammad SAW ini telah dikupas dengan cukup jelas dan menarik oleh YBhg Ustaz Mohd Farid Rawi, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Ceramah beliau disampaikan mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 4.30 petang. Program ceramah ini telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah serta kakitangan daripada setiap Jabatan di MPN. Di antara Pengarah yang hadir adalah En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan), En Nazri bin A. Ghani (Pengarah Jabatan Perancangan Bandar & Desa), En Nasiruddin Ab Rahman (Pengarah Jabatan Landskap) dan En Lotfee Abdullah (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Perlesenan).

Program ini adalah satu program anjuran Badan Kebajikan & Sukan MPN (KESUMAS).

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: