Khamis, 30 Jun 2011

Majlis Penutup Bengkel Jahitan Manik & Labuci Pangsapuri Rakyat Pajam

18 Jun 2011, Nilai : Satu Majlis Penutup Bengkel Jahitan Manik dan Labuci telah diadakan bertempat di Pangsapuri Rakyat Pajam. Bengkel ini yang berlangsung selama sehari merupakan satu program yang dijalankan kecara bersama menerusi kerjasama Majlis Perbandaran Nilai bersama pihak JMB Pangsapuri Rakyat Pajam. Program ini merupakan salah satu daripada program yang diletakkan di bawah program Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Nilai.

Program ini telah disempurnakan Majlis Penutupnya oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai. Turut hadir sama di dalam program ini ialah En Gan Chee Biow, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai, En Gani Mohamad Daud (Ahli Majlis), En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN) serta tidak ketinggalan juga kakitangan-kakitangan yang terlibat selaku urusetia program.

Dengan ini tahniah diucapkan buat sekelian Jawatankuasa Pelaksana yang menjayakan program terutamanya Jabatan Hal Ehwal Komuniti MPN yang bertindak selaku urusetia program ini.

Berikut dikongsikan beberapa gambar di sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: