Khamis, 9 Jun 2011

Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan NS



SEREMBAN, 7 Jun - Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Bagi Bulan Jun 2011 telah diadakan di Perkarangan Dewan Undangan Negeri. Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah menjadi urus setia bagi perhimpunan kali ini. Di dalam majlis perhimpunan tersebut, Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan telah memberi ucapan serta amanat kepada semua kakitangan-kakitangan awam yang hadir. Yang Amat Berhormat Dato' Seri turut menyampaikan sijil penyertaan kepada 16 orang peserta yang terlibat di dalam Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu pada 12 sehingga 16 Mei 2011 yang lalu.


Oleh : EDITOR

Tiada ulasan: