15 Jun 2011, Nilai : Satu Majlis Perasmian Lampu Awam Taman Permainan Kanak-Kanak telah diadakan bertempat di Taman Desa Anggerik, Putra Nilai. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.
Turut hadir di dalam majlis ini En. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN, En. Lotfee Abdullah, Pengarah Jabatan Perlesenan, Pn Rusyati, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Ahli-Ahli Majlis MPN serta ramai lagi kakitangan MPN serta urusetia Jawatankuasa Local Agenda 21.
Majlis telah bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam. Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung.
Dato Yang DiPertua bersama En Yee Hee Loong (Ahli Majlis MPN) dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Anggerik
Wahida bertindak selaku Pengacara Majlis
Sdr Safwan memulakan majlis dengan bacaan doa
Barisan Ahli-Ahli Majlis serta Ketua-Ketua Jabatan yang berkesempatan hadir, termasuklah Pengarah Undang-Undang MPN
Leka mencatatkan isikandungan ucapan di dalam nota kecil di dalam telefon masing-masing
Ahli-Ahli Majlis turut sama tekun dan fokus mendengar
Suasana kehadiran orang ramai
Pelbagai amanat dan pesanan disampaikan kepada semua penduduk yang hadir
Dato' Yang DiPertua menekan suis bagi menyalakan Lampu Awam di Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Desa Anggerik
Begitu indah dan berwarna-warni!
Suasa meriah dirakamkan oleh beberapa wakil pemberita
Dato' Yang DiPertua menyampaikan plak sebagai tanda penyerahan lampu kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Anggerik
Lagi gambar dirakamkan
Dato' Yang DiPertua dijemput memotong kek sebagai tanda terima kasih daripada penduduk Taman Desa Anggerik
Kenangan manis ini dikongsi bersama Ahli-Ahli Majlis serta Pengarah Undang-Undang MPN yang turut sama berada di atas pentas utama ketika upacara pemotongan kek
Menjamu selera sebaik sahaja selesai program perasmian
Hidangan yang lazat dan menyelerakan
Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan