Rabu, 15 Jun 2011

Premis Judi Internet di Taman Tiroi Diserbu Penguatkuasa MPN!!

15 Jun 2011, Labu : Satu operasi ke atas premis judi internet telah diadakan bertempat di Taman Tiroi, Labu pada pagi ini. hasil daripada intipan anggota penguatkuasa akhirnya sindiket judi internet di sini akhirnya lumpuh dengan serbuan mengejut yang dilakukan oleh anggota penguatkyuasa ke atas premis ini. Serbuan ini bukanlah kali yang pertama kerana sebelum ini juga pengusaha pernah diserbu dan barangan seperti set peralatan komputer yang digunakan sebagai mesin judi juga pernah dirampas dan disita sebelum ini. Nyata pengusaha ini tidak pernah serik.

Justeru, langkah yang diambil oleh penguatkuasa kali ini adalah dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengusaha. Menurut En. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasa MPN, kali ini MPN akan mengenakan hukuman yang lebih berat berasaskan kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan 1998 di mana jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman sehingga RM 50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali sejajar dengan peruntukan Seksyen 6(2) Enakmen yang sama. Begitu juga, menurut Enakmen ini juga pemilik premis juga boleh dikenakan hukuman kerana membenarkan perniagaan seperti ini berlangsung di premis miliknya. Dengan ini pemilik premis perlu lebih berhati-hati di masa hadapan sebelum memberi sewaan kepada pengusaha kerana aktiviti perniagaan ini nyata bertentangan dengan prinsip dan undang-undang negara. Beliau menambah bahawa, semua barangan yang disita tidak akan dilepaskan sehinggalah kes ini dibicarakan.

Oleh yang demikian En Syamsul menasihatkan agar pemilik premis lebih berhati-hati di masa hadapan daripada memberi sewa secara semberono serta memikirkan keuntungan semata-mata.

En Syamsul juga menyatakan bahawa operasi-operasi seperti ini akan lebih giat dijalankan bagi memerangi aktiviti judi internet ini habis-habisan. Berikut dikongsikan gambar-gambar ketika operasi dijalankan serta gambar ketika menurunkan barangan rampasan. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: