Khamis, 9 Jun 2011

Menteri Besar Telah Merasmikan Medan Infodesa (MDI) Di Dataran Kampung Tengah


GEMENCHEH : 6 JUN – Penduduk DUN Germenceh telah menerima kunjungan tetamu kehormat pagi ini apabila Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah melakukan lawatan kerjanya di DUN berkenaan.


Dalam Lawatan Kerja ke DUN Gemencheh pagi tadi, Menteri Besar telah merasmikan Medan Infodesa (MDI) di Dataran Kampung Tengah dan menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat DUN Gemencheh di Kg Gedok.


Menteri Besar turut melepaskan 3000 anak ikan kolam yang diusahakan oleh JKKK Kg Gedok.


Turut mengalu-alukan kehadiran YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan ialah YB Dato’ Mohd Kamil bin Hj Abdul Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh, YB Dato’ Zainab bt Nasir, ADUN Gemas merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan.


Dalam ucapan Menteri Besar pada lawatan kerjanya di Kampong Tengah beliau mengatakan bahawa Medan Infodesa yang diwujudkan adalah berguna kepada penduduk setempat terutamanya penduduk luar bandar.


Menteri Besar juga menjelaskan bahawa teknologi maklumat adalah sangat penting dan kita tidak boleh ketinggalan jauh.


Katanya lagi "Penduduk Gemencheh perlu mengunakan peluang dan mengambil kesempatan bagi mencari info, mengiklankan maklumat setempat dan mendapatkan maklumat sedunia."


Medan Infodesa ini amat berfaedah kepada golongan belia, pelajar, penduduk kampung. Menteri Besar juga telah memperkenalkan Dasar Baru Penembusan Jalur Lebar yang menjadikan Negeri Sembilan menduduki tempat kedua celik IT pada tahun 2009.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: