Khamis, 9 Jun 2011

Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil & Doa Selamat



SEREMBAN, 3 Jun - Satu Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Masjid Negeri Seremban. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat tersebut. Majlis turut dihadiri Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman Dato' Musa Bin Wahab, D.T.N.S., PJK, Undang Luak Jelebu, Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Y.B. Dato' Razak Bin Mansor, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Y.B. Dato' Haji Mat Ali Bin Hassan. Orang ramai turut hadir ke majlis tersebut.

Turut hadir ke majlis ini adalah En. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN serta beberapa orang kakitangan Jabatan Undang-Undang

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: