Isnin, 11 Julai 2011

Kakitangan JUUP Melalui Proses 'Grading' Karate-Do

Pada 6 Jun 2011, 15 orang kakitangan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah terpilih untuk mengikuti proses ujian bagi 'grading' sebelum boleh dinaiktaraf kepada mencapai pengiktirafan kenaikan taraf talipinggang daripada putih kepada talipinggang coklat (brown).

Proses 'grading' ini telah dikendalikan sendiri oleh Tuan Shaikh Ibrahim Sayid Ali Saiyabo, iaitu Trainer Karate-Do MPN. En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa MPN turut sama hadir menyaksikan proses 'grading' ini.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua yang terlibat. Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa proses 'grading' dilangsungkan. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: