Ahad, 15 Februari 2009

Karnival Sukan, MPN 2009

Karnival Sukan
Majlis Perbandaran Nilai
14 Februari 2009

14 Feb 2009 (Sabtu) - Satu Karnival Sukan MPN telah dijalankan pada 14 Februari 2009 di mana beberapa acara sukan telah dipertandingkan pada hari berkenaan dan selebihnya iaitu acara Badminton akan dilangsungkan pada 17 Februari 2009 manakala sukan Bowling pula akan dilangsungkan pada 1 Mac 2009.

Di dalam Karnival Sukan 2009 ini telah dimulakan dengan acara senamrobik diawal paginya. Acara senamrobik ini turut telah disertai oleh Y.Bhg Dato Yang DiPertua, Tuan Setiausaha serta beberapa Ketua Jabatan. Di antara Ketua Jabatan yang telah berkesempatan hadir adalah En Nasiruddin, En Alias, En Zulkiefly Nasir, En Nazri, En Kamarozaman , Cik Ruhiyati serta En Syamsul Amri (PUU). Acara senamrobik ini benar-benar mendapat sambutan sekelian kakitangan yang hadir ke Karnival Sukan ini.

Kakitangan yang sudah mula hadir ke Padang MPN untuk, memulakan acara senamrobik.
Antara kakitangan yang tiba awal sedang menanti kehadiran Dato YDP MPN.
Kelihatan Ramai yang mulai bergerak menuju ke Padang bagi memulakan acara senamrobik
Antara kakitangan yang bersenamrobik setelah ketibaan Dato YDP
Semua kakitangan bersenam dengan wajah penuh ceria
Tiga 'instructor' senamrobik yang merupakan kakitangan MPN sendiri
Kelihatan Dato YDP, En Man, En Nazri dan En Zul
En Nazri dan En Zul dengan aksi menarik

Setelah selesai sesi senamrobik yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi, kesemua kakitangan bergerak menuju ke Kafetaria bagi menikmati sarapan pagi. Hidangan Nasi Goreng, Mi Goreng dan kuih muih benar-benar membuka selera setiap yang hadir pada pagi itu.

Antara kakitangan yang menikmati sarapan pagi yang disediakan.
Setelah kepenatan, sarapan ini lebih 'melenakan' mata masing-masing
Antara urusetia yang turut menikmati sarapan setelah selesai senamrobik
Kelihatan Dato YDP bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan menikmati sarapan pagi

Setelah selesai sarapan pagi, acara pagi tersebut diteruskan dengan acara sepak mula Futsal. Acara ini disertai oleh Dato YDP, Tuan Setiausaha, En Zul, En Nazri, En Man, En Nasir, En Syamsul, En Alias dan En Anuar. Acara ini berkesudahan pasukan Dato YDP yang disertai oleh Dato YDP, En Syamsul, En Nasir dan En Man menang menerusi sepakan penalti.

Setelah acara ini selesai, program diteruskan dengan perlawanan Futsal dan Bola Jaring. Pertandingan ini telah disertai oleh kakitangan yang telah dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan iaitu Amanah, Bersih, Cekap dan Dedikasi. Pertandingan ini benar-benar telah mendapat sambutan dari sekelian kakitangan.

Antara Aksi pertandingan Futsal yang dispersembahkan.
Lagi aksi pertandingan Futsal
En Nasir selepas mengiringi Dato YDP yang terpaksa meninggalkan program kerana terpaksa menghadiri program lain di Seremban
En Nazri memberikan galakan kepada pasukan rumah Hijau (Dedikasi).
Aksi peserta-peserta Pertandingan Bola Jaring
Lagi aksi yang dipamerkan.
Cubaan menjaringkan gol.
Pengadil luar yang dijemput mengadili pertandingan Bola Jaring

Setelah selesai pertandingan Futsal dan Bola Jaring dijalankan, kini kesemua peserta beralih pula ke tengah padang bagi melaksanakan pula pertandingan Tarik Tali. Acara ini disertai oleh kakitangan lelaki dan kakitangan perempuan dan juga dipertandingkan mengikut kumpulan. Acara ini benar-benar meriah dan meletakkan syarat setiap pasukan yang terdiri dari 8 orang penarik mestilah memiliki berat tidak melebihi 800 kilogram.

Para peserta pertandingan tarik tali yang sudah mula bersedia.
Antara kakitangan Jabatan Undang-Undang yang menyaksilan pertandingan tarik tali setelah keletihan di dalam pertandingan Futsal.
Beginilah kemeriahannya di gelanggang Tarik Tali.
Walaupun sudah penat mengharungi acara sejak pagi mereka tetap memberikan komitmen.
Pasukan-pasukan yang sudah mula mencongak strategi Tarik Tali
Azian yang mula berang dengan aksi En Nasir dengan bendera Rumah Merahnya.
Azian mula memberikan rangsangan kepada Rumah Kuning supaya lebih bersungguh-sungguh.
Aksi Rumah Merah
Aksi Rumah Kuning
Aksi Rumah Biru
Dan Aksi Rumah Hijau
Ramai yang mula keletihan .....
Tuan Setiausaha antara yang setia hingga ke akhir acara.

Selepas selesai acara Tarik Tali, program telah berehat untuk makan tengahari dan Solat Zohor. Acara kemudiannya disambung pada sebelah petangnya bagi meneruskan acara indoor game iaitu acara Ping Pong, Dam Aji, Congkak, dan Dart.

Sesungguhnya program Karnival Sukan ini sangat meriah dan mencapai matlamat melahirkan atlit-atlit yang berpotensi mewakili MPN bagi Sukan PBT Negeri Sembilan yang bakal dijalankan pada bulan hadapan. Adalah diharapkan program Karnival Sukan ini akan tetap diadakan pada setiap tahun. Syabas diucapkan kepada urusetia pertandingan.

Sekian dan Terima Kasih.

Tiada ulasan: