Selasa, 17 Februari 2009

Liga Bolasepak PBT Sudah Bermula !!!!!

Majlis Daerah Jempol Tersungkur di Padang Sendiri!

Perlawanan pembukaan Pertandingan Bolasepak Sukan PBT Negeri Sembilan telah dimulakan dengan menyaksikan Pasukan MPN bertemu pasukan MD Jempol, manakala pasukan MPS bertemu pasukan UPKT.

Pasukan MPN yang berkunjung di Padang Bahau membariskan ramai muka baru dan bersemangat meskipun mengharungi perjalanan hampir 2 jam untuk tiba di Bahau. Perlawanan yang bermula pada jam 5.15 petang ini telah diiringi dengan hujan lebat yang benar-benar mengganggu rentak persembahan kedua-dua pasukan. Pasukan MD Jempol benar-benar gagal memanfaatkan permainan di gelanggang sendiri apabila tewas 4-1 kepada pasukan MPN yang dikendalikan oleh Jurulatih Muda iaitu Saudara Fairuz Salleh.

Lebih manis lagi kemenangan ini disaksikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pasukan iaitu En Nasir dan En Syamsul. Gol-gol MPN telah dijaringkan oleh Federaushan (2 gol), Mazlan (1 gol) dan Nurhisham (1 gol). Lebih memburukkan keadaan adalah apabila seorang pemian MD Jempol telah diperintahkan keluar padang ekoran kekasaran yang dilakukan ke atas pemain MPN, Abd Halim. Dengan kemenangan ini MPN mengungguli tangga teratas Kumpulan A dan diikuti oleh MPS ditangga kedua yang menewaskan pasukan UPKT dengan jaringan 3-0 di Padang Rahang, Seremban.

Aksi MPN ini akan diteruskan lagi pada 23 Februari 2009 apabila MPN bakal melayani pasukan UPKT di Padang MPN. Seluruh warga MPN adalah dijemput beramai-ramai menyokong pasukan kita ini. Majulah Bolasepak untuk MPN!!!!


Pemain-Pemain MPN yang telah bersedia di tepi padang sebelum memulakan pertandingan
Kapten memberikan kata semangat kepada semua pemain
Aksi di dalam padang yang basah menyukarkan keadaan
Pemain menjamu selera sebaik sahaja selesai perlawanan.

Disediakan oleh : Editor

Tiada ulasan: