Isnin, 19 Oktober 2009

14th Civil Service Conference

Satu seminar Perkhidmatan Awam telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara pada 29 September 2009 hingga 1 Oktober 2009 bertempat di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seminar yang dilangsungkan buat kali ke empat belas ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 700 orang peserta yang merupakan anggota perkhidmatan awam dari seluruh pelusuk tanahair. Seminar ini turut disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan daripada Majlis Perbandaran Nilai. En. Syamsul Amri bin Hj. Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN) turut hadir ke seminar ini. Ketua-Ketua Jabatan daripada MPN telah menginap selama 3 hari dan dua malam di Hotel Royal Crown, Kuala Lumpur.
Di antara ratusan anggota perkhidmatan awam yang hadir ke majlis perasmian Ucaptama dan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
Dewan Seminar di INTAN Bukit Kiara ini dipenuhi peserta seminar
YAB Timb. Perdana Menteri bersalaman dengan peserta sebaik selesai majlis perasmian


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: