Isnin, 19 Oktober 2009

Majlis Jamuan Aidil Fitri & Jamuan Perpisahan

Pada 19 Oktober 2009, satu Majlis Jamuan Aidil Fitri, Penyampaian Cenderahati Hari Lahir serta Majlis Perpisahan telah diadakan di Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Nilai. Majlis ini telah diadakan di Bilik Aktiviti Jabatan Undang-Undang MPN. Jabatan Undang-Undang merupakan Jabatan yang terakhir sekali mengadakan majlis ini memandangkan pada 19 Oktober 2009 menandakan telah sampainya 30 Syawal 1430 Hijrah. 

Penyampaian hadiah Hari lahir pula adalah khusus buat kakitangan Jabatan Undang-Undang yang telah menyambut hari lahir mulai Bulan Ogos sehinggalah ke bulan Disember. Di antara penerima hadiah cenderahati ini adalah En. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, MPN. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En. Alias bin Mansor, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPN.

En. Alias juga telah sudi menyampaikan cenderahati buat En. Abu bin Hamid yang bakal bersara mulai 1 November 2009. En. Abu bin Hamid telahpun menaburkan khidmat baktinya kepada MPN selama 28 tahun. Jabatan Undang-Undang khususnya serta MPN am nya mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasabaik dan khidmat bakti beliau selama bertugas di MPN. Kami di Jabatan Undang-Undang turut mengucapkan selamat bersara kepada En. Abu bin Hamid atau lebih mesra dengan panggilan "Brother" ini. 

Di dalam jamuan Aidil Fitri pada tahun ini, Jabatan Undang-Undang menyajikan menu yang lain daripada lain iaitu Nasi Dagang. Jabatan Undang-Undang turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hamidah di atas sumbangan kuih Talam Jagung serta sumbangan agar-agar (lengkong) daripada Hasnor Effendi. Jabatan Undang-Undang juga mengucapkan terima kasih di atas kesudian Puan Nor Hezlin (Pengarah Jabatan Bangunan), En. Saiful Azuar (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komuniti), En Nasiruddin (Pengarah Jabatan Landskap) serta Cik Ruhiyati (Pengarah Jabatan Perbendaharaan) di atas kesudian melapangkan masa bagi menghadiri majlis ini.
Meja-meja dan kerusi sudah siap disusun sebelum bermulanya program Ruang hidangan 'buffet' dan 'vvip' yang telah siap tersedia
Penguatkuasa yang hadir
Menanti dengan sabar ketibaan vvip yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan
Makanan yang telah siap tersedia di tengah-tengah
Puan Hezlin berbicara sesuatu kepada "brother" yang bakal bersara
En. Nasir sedang membicarakan sesuatu kepada PUU
VVIP yang hadir ke majlis Jamuan Aidil Fitri
Cik Ruhiyati yang baru tiba (empat dari kiri)
Hasnor Effendi bertindak selaku Pengerusi Majlis En Alias Mansor menyampaikan ucapan perasmian program
En. Alias menyampaikan ucapan bagi pihak Pentadbiran MPN
En Alias menyampaikan hadiah hari lahir, pertamanya kepada Saudara Syukri
Saudara Zaidi

Saudara Azahari
Saudara Fendi
Cik Maria Musa
Saudara Helmi
Saudara Salim Saahmin
Saudara Salimi Ali
Saudara Nazir
Saudara Hamdan
Saudara Nazri
Puan Hamidah
Cik Lai Sin Yee
Saudara Zamri Alwi
Saudara Jaafar Radzuan
Saudara Ilham Ismail
Saudara Mohd Azley Abd. Ghapar
Cik Rusniwati
En. Syamsul Amri (Pengarah Undang-Undang)
En Abu Hamid
En Abu bin Hamid turut menerima Sijil Penghargaan yang ditandatangani oleh kesemua Ketua-Ketua Jabatan MPN
Hidangan Nasi Dagang yang mula membuka selera
Kesemua kakitangan Jabatan Undang-Undang sedang mengambil makanan
En. Razali sedang melayan tetamu
Demikianlah adanya program yang telah dianjurkan. Semoga majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan serta sesama ketua-ketua jabatan MPN. Mudah-mudahan.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: