Sabtu, 24 Oktober 2009

Syahiran Teruskan Penguasaan Bowling !!!

Pada 23 Oktober 2009 Pertandingan Bowling Bulanan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MPN telah berlangsung di Ampang Bowl, Seremban Parade. Pertandingan ini tetap meriah meskipun hanya 16 peserta mengambil bahagian. Bagi pertandingan bulan Oktober ini memperlihatkan ketumpulan 'skill' pemain-pemain setelah sekian lama berehat (selama 2 bulan) bagi menghormati bulan Ramadhan dan Syawal. 

Namun begitu, Syahiran masih lagi kekal menjadi pendahulu bagi bulan Oktober serta mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan. Syukri berjaya meraih kedudukan kedua bagi bulan ini dan PUU pula berada di tempat ketiga. Meskipun sedemikian, PUU tetap mengekalkan kedudukan di tangga kedua.

Dengan berbaki dua sirkit sahaja lagi yang tinggal apa-apa sahaja boleh berlaku dalam pertandingan ini, dan yang nyatanya, menanti keputusan di bulan Disember 2009 nanti pastinya sengit dan mendebarkan. Selamat maju jaya buat semua, dan salam sukan untuk semua!!!!
Suasana pertandingan di Ampang Bowl, Seremban Parade Antara aksi yang dipamerkan
Halim berposing dengan 'ekhem' nya
En. Syamsul (PUU) bersama anak kesayangannya, Danish
=====================================================
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: