Pada 27 Oktober 2009 telah diadakan satu Majlis Pengenugerahan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2008. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato Razak Mansor, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Majlis berlangsung meriah bermula pada jam 3.00 petang dengan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Satu Malaysia dan Lagu Rasmi Majlis Perasmian yang disampaikan oleh Kumpulan Koir Majlis Perbandaran Nilai.
Kemudian Ustaz Fadhil, Imam 1 Masjid Negeri mengambil tempat bagi memimpin bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Y.Bhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN. Dan seterusnya Ucapan perasmian oleh Y.B Dato Razak Mansor.
Seterusnya majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang anak-anak kakitangan MPN, sijil dan cenderahati kepada bekas Ahli Majlis dan Pesara. Dan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan MPN. Seramai 16 orang kakitangan dipilih sebagai penerima anugerah khidmat cemerlang pada tahun ini termasuklah dua orang kakitangan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan iaitu Saudara Sharulnizam Johari dan Saudara Abd Halim bin Abu Bakar. Tahniah diucapkan.
Dan yang terakhir majlis penyampaian Sijil Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 MPN yang telah disempurnakan oleh wakil daripada pihak SIRIM kepada Dato Yang DiPertua. Tahniah diucapkan buat semua..... dan Selamat Maju Jaya.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan