Selasa, 3 November 2009

Majlis Doa Selamat di Jabatan Bangunan, MPN

Pada 2 November 2009, bertempat di Jabatan Bangunan, MPN, telah diadakan satu majlis bacaan doa selamat bagi meraikan hari lahir kakitangan Jabatan Bangunan iaitu Saudari Hajar. Majlis ini juga diadakan bagi mendoakan keselamatan Puan Robiah Talib yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Haji. Adalah diharapkan Puan Robiah akan selamat pergi dan selamat pulang, dan beroleh haji yang mabrur hendaknya, mudah-mudahan. Majlis ini telah menjemput En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN)bagi membacakan doa selamat.
Hajar memotong kek yang ditaja oleh 'Secret Recipe'
Puan Hajah Marziah turut diundang ke majlis ini
Di antara kakitangan Jabatan Bangunan yang hadir ke majlis ringkas ini
*******************************************************************************************
Disediakan oleh : EDITOR




Tiada ulasan: