Satu Seminar Transformasi Diri Remaja & Belia Terbilang telah diadakan pada 28 Oktober 2009 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Abd Samad Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan. Seminar yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang ini telah dikendalikan oleh Pakar Motivasi Terkenal, iaitu Dato Hj Mohd Fadhilah Kamsah. Program ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang belia di seluruh negeri termasuklah beberapa orang kakitangan Majlis Perbandaran Nilai.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan