Ahad, 25 April 2010

Giliran Hanis Pula Lakar Kejutan!!! (Bowling JUUP MPN)

Setelah PUU melakarkan kejutan pada Bulan Mac, kini giliran Nur Hanis pula membuat kejutan apabila menduduki tempat pertama Pertandingan Bowling Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan (JUUP) MPN bagi Sirkit Bulan April yang telah berlangsung pada 23 April 2010. Nur Hanis mencatat 669 jatuhan pin dan meninggalkan Syahiran di tempat kedua dengan 650 jatuhan pin.
.
Nurhafiz Jasman pula menduduki tangga ketiga dengan 624 jatuhan pin. Mohd Yunus memperbaiki pencapaiannya berbanding bulan lepas apabila menduduki tempat keempat dengan 618 jatuhan pin. PUU yang menjuarai sirkit lepas turun mendadak ke tangga kelima apabila hanya mencatat 588 jatuhan pin. Namun ia tidak mengubah kedudukan keseluruhan apabila PUU masih mengungguli tangga pertama dengan jumlah 2,531 mata dan diekori rapat oleh Nurhafiz Jasman dengan 2505 mata. Syahiran masih lagi menduduki tangga ketiga mengekori rapat kedudukan pendahulu dengan mencatat 2,486 mata. Nur Hanis juara sirkit April masih lagi menghuni tangga kelima dengan 2,382 mata.
.
Dengan kedudukan ini, nyata persaingan semakin hangat. Dan pastinya pemain tidak mahu terlepas pada aksi akan datang bagi mengelakkan keciciran mata!
.
Selamat berjuang buat semua!!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: