Selasa, 13 April 2010

Majlis Ulangtahun Ke - 113 Majlis Perbandaran Seremban

Pada 29 Mac 2010, telah berlangsungnya Majlis Ulangtahun Majlis Perbandaran Seremban buat kali ke 113. Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Di dalam majlis ini juga, beberapa anugerah serta cenderahati disampaikan oleh YAB Menteri Besar kepada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah untuk Bekas Ahli Majlis yang bersara, serta anugerah buat Kampung Terbaik dan Kampung Tradisional Terbaik.
.
En. Syamsul Amri Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN) turut hadir ke majlis ini.
.
Majlis yang gilang-gemilang ini berlangsung di Dewan MPS di Seremban. Tahniah buat MPS!!
.
Suasana di dalam Dewan MPS. Kelihatan meja wartawan yang sedang sibuk membuat liputan Suasana keramaian yang hadir
Orang ramai yang memenuhi Dewan MPS
Isteri PUU bersama anak mereka, Dhafir Amri
Kelihatan YAB Menteri Besar sedang menyampaikan ucapannya di atas pentas
YAB Menteri Besar menyampaikan amanat dan kata-kata azimat buat semua kakitangan MPS
Ucapan beliau menyentuh segenap aspek yang melibatkan masyarakat
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: