Ahad, 25 April 2010

Pertandingan Futsal 1 Malaysia

Pertandingan Futsal 1 Malaysia telah diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) pada 23 April 2010. Pertandingan ini telah disertai oleh 46 pasukan daripada pelbagai kawasan dalam Daerah Seremban. Persaingan yang bermula sejak awal pagi menampilkan aksi-aksi menarik dan menakjubkan. Pertandingan yang dianjurkan buat pertama kalinya ini dianjurkan dengan kerjasama JKKK DUN Nilai bersama-sama Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan MPN (KESUMAS).
.
Setelah bertarung dengan cukup sengit di sebelah pagi akhirnya lapan pasukan telah mengesahkan tempat mereka di Suku Akhir iaitu pasukan KPJIC A, Setul A, Kijang Muda, Setul B, Semarak Googles, JKKK DUN Nilai, KPJIC B dan KDN Junior. Perlawanan Suku Akhir berlangsung pada sebelah petangnya menyaksikan Semarak Googles menentang KPJIC A dan Kijang Muda menentang pasukan Setul B.
.
Akhirnya dua pasukan terbaik telah mara ke akhir iaitu pasukan Semarak Googles dan pasukan Kijang Muda. Di dalam perlawanan akhir yang turut telah disaksikan oleh Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN, menyaksikan Semarak Googles menumpaskan pasukan Kijang Muda dengan jaringan 2-1. Dengan kemenangan ini Semarak Googles membawa pulang RM 1,000 berserta piala iringan manakala Kijang Muda membawa pulang RM 700.
.
Dalam perlawanan lain bagi penentuan tempat ketiga dan keempat terpaksa ditentukan dalam tendangan penalti dan akhirnya berpihak kepada Setul B untuk merangkul tempat ketiga manakala KPJIC A terpaksa berpuashati dengan kedudukan tangga keempat.
.
Selepas upacara penyampaian hadiah Dato' Hj Abd Halim telah mengumumkan bahawa hadiah bagi kejohanan yang sama tahun hadapan akan digandakan. Pengumuman ini telah disambut dengan sorakan oleh kesemua peserta yang hadir ke majlis penyampaian hadiah ini.
.
Akhir kata daripada kami, Tahniah buat yang berjaya, dan kepada yang gagal, cuba lagi di tahun hadapan.
.
Urusetia yang sedang sibuk di khemah urusetia mengumpul setiap data keputusan perlawanan Di antara aksi yang dipamerkan Aksi menarik yang ditunjukkan walau dalam cuaca panas terik
Urusetia kelihatan berbincang sesuatu
Azian 'bercekak pinggang'. Penat barangkali. Almaklumlah, orang kuat!
Suasana di 'KONTI" deejay yang bertugas
Aksi perlawanan separuh akhir
Carta penuh keputusan perlawanan sejak awal pagi
Lagi suasana perlawanan yang sempat dirakamkan
Di antara 'orang penting' yang hadir. Dari kiri; Pengerusi JKKK Rumah Rakyat Nilai, En Gan Chee Biow (Ahli Majlis), Tuan Hj Ali Luman (Setiausaha MPN), En Yee Hee Loong (Ahli Majlis), En Micheal Rajasegaran (Ahli Majlis) dan En Nazri Ab Ghani (Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPN)
Medal untuk tempat ketiga dan keempat
Ada juga perlawana yang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti
Medal tempat ketiga dan keempat yang telah siap diaturkan
Medal juara dan naib juara yang telah siap sedia 'menemui' pemiliknya
Dato' Yang DiPertua yang hadir menyaksikan aksi pertandingan akhir
Ruang hidangan yang sudah siap diatur
Set Hidangan yang juga telah diatur
Urusetia yang bertungkus lumus menyiapkan hidangan
Dato' Yang DiPertua berjalan menuju ke gelanggang menemui para pemain yang layak ke akhir sebelum perlawanan akhir bermula
Dato' Yang DiPertua bersalaman dengan pemain pasukan Semarak GooglesBersalaman pula dengan pemain pasukan Kijang Muda
Merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan akhir bermula
Lagi gambar dirakamkan
Bermulanya saingan di pentas akhir....
Pentas akhir menyaksikan pertandingan yang sangat berhati-hati
Pasukan Semarak Googles mendahului 1-0 sebelum Kijang Muda menyamakan kedudukan menjadikan kedudukan 1-1. Akhirnya Semarak Googles mengungguli dengan 2 jaringan berbalas 1.Suasana di bawah khemah VVIP
Suasana di khemah VVIP yang menyaksikan perlawanan akhir berlangsung
Ismadee bertindak selaku Pengerusi Majlis ketika upacara penyampaian hadiah
Penerima hadiah saguhati
Hadiah Saguhati
Hadiah Saguhati
Hadiah Saguhati
Tempat Keempat : Pasukan KPJIC A
Tempat Ketiga : Pasukan Setul B
Naib Johan : Pasukan Kijang MudaJohan : Pasukan Semarak GooglesDato' YDP turut menyampaikan sumbangan buat Pengadil yang bertugas sejak awal pagi
Dato' Yang DiPertua bersama kesemua yang hadir menikmati jamuan yang disediakan
Dato' YDP menjamu mihun yang menjadi menu utama
Sebaik sahaja selesai jamun, Dato' Yang DiPertua berangkat pulang meninggalkan majlis
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: