Isnin, 5 Julai 2010

Pertandingan Bowling Sukan 4 Penjuru

23 Julai 2010 - Satu program SUKAN 4 PENJURU telah diadakan di Sepang di antara 4 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bersempadanan iaitu Majlis Perbandaran Sepang (selaku tuan rumah), Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Perbandaran Nilai.
.
Salah satu daripada acara yang dipertandingkan adalah merupakan sukan bowling yang menjadi sukan pembukaan bagi program yang dirancangkan menjadi acara tahunan ini. Bowling ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu; Kategori Lelaki, Kategori Wanita dan Kategori VVIP.
.
Bagi Kategori VVIP, Majlis Perbandaran Nilai telah mengungguli pertandingan apabila bergelar johan menumpaskan 3 pasukan yang lain. Pasukan VVIP MPN telah diwakili oleh En Nazri A Ghani (Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPN), En Saiful Azuar Ahmad Jadi (Pengarah Jab Hal Ehwal Komuniti, MPN), En Syamsul Amri Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN) dan Pn Norita Bakri (Pegawai OSC, MPN). Tidak kurang hebatnya, pasukan wanita MPN turut bergelar johan bagi pertandingan ini.
.
Namun demikian, disebabkan oleh persembahan lesu pasukan lelaki yang hanya menduduki tangga ketiga megakibatkan MPN hanya berkedudukan di tempat kedua secara keseluruhannya.
.
Pelbagai acara dipertandingkan termasuklah ping pong, badminton, bolasepak dan lain-lain lagi. Dan pada majlis penutup yang diadakan pada 24 Julai 2010, Majlis Perbandaran Nilai telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi program ini bagi tahun 2011.
.
Apa pun tahniah diucapkan buat yang berjaya, dan kepada yang gagal, cuba lagi pada tahun hadapan.
.
Gelanggang ARL Bowl di Alamanda Putrajaya yang menjanjikan suasana yang sengit Para pemain bakal beraksi menunjukkan siapakah jaguh yang sebenar Barisan pemain kategori VVIP MPN
Dari kiri; En Nazri (mendukung anak), Pn Norita, En Saiful Azuar dan En Syamsul Amri
Lane yang sememangnya bertaraf tinggi dan standard
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: