Isnin, 5 Julai 2010

"Seminar Banteras Cetak Rompak" di IPRM

26 Julai 2010 - Satu seminar "Banteras Cetak Rompak" telah diadakan bertempat di Balai Kerapatan, Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM). Program ini telah diadakan mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
.
Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, guru-guru serta pelajar-pelajar dari seluruh Negeri Sembilan. Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah diwakili oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, MPN.
.
Perasmian penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hasim Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Sembilan.
.
Program ini telah dimulakan dengan sesi pertama dengan tajuk "Taklimat Berkaitan Cetak Rompak oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya". Sesi ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga ke jam 9.30 pagi. Program berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada minum pagi sebelum bersambung semula pada jam 10.00 pagi.
.
Pada jam 10.00 pagi program bersambung, dengan sesi 2 yang bertajuk "Taklimat Berkaitan Ubat / Kosmetik Tiruan oleh Bahagian Farmasi". Ceramah ini telah dikendalikan oleh En Mohd Rizal Mazli Salim daripada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesi ini tamat pada jam 11.00 pagi dan seterusnya disambung dengan sesi 3 dengan tajuk "Taklimat Berkaitan Cetak Rompak / Barang Tiruan oleh Pemilik Hakcipta / Cap Dagang" di mana ceramah ini telah disampaikan oleh Pn Azrina Sharif daripada Syarikat Energizer Kuala Lumpur. Beliau menghuraikan tentang keburukan bateri-bateri tiruan serta kesannya terhadap keselamatan serta reputasi sesebuah syarikat malahan mampu memudaratkan pengguna sendiri.
.
Program telah berakhir pada jam 1.00 petang. Majlis bersurai sebaik sahaja selesai sesi jamuan makan tengahari dijalankan di Anjung Muafakat, Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran di IPRM
.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Jabatan Peradagangan di atas inisiatif dan usaha murni memerangi gejala cetak rompak ini. Semoga hasilnya dapat dimanfaatkan bersama.
.
Penceramah menyampaikan ceramah di dalam salah satu slot Suasana di dalam dewan Salah satu slide yang dipancarkan untuk tatapan semua Suasana di galeri pameran oleh pelbagai agensi
Galeri pameran yang mendapat perhatian peserta seminar Pameran menyediakan pelbagai input untuk dikongsi bersama para pengunjung
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: