13 September 2011, Nilai : Satu majlis Jamuan Aidil Fitri telah diadakan oleh Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bertempat di Dewan MPN. Majlis telah diadakan bermula jam 11.30 pagi hingga ke jam 2.00 petang. Majlis ini telah mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk-penduduk dan para jemputan di mana ribuan yang telah berkesempatan hadir ke majlis ini.
Tetamu kehormat bagi majlis ini adalah YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. YAB Dato' Seri Utama juga telah berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 47 orang anak-anak yatim yang turut hadir sama di dalam program ini.
Sebaik sahaja program ini selesai, kesemua ketua-ketua Jabatan di MPN telah menuju ke MPS pula yang mengadakan majlis jamuan Aidil Fitri mereka pula mulai jam 3.00 petang.
En. Lotfee, Pengarah Jabatan Perlesenan bergaya dengan baju kebangsaan
Suasana kemeriahan di dalam Dewan MPN ketika majlis berlangsung

Ketua-ketua Jabatan beramah-bermesra sambil melayan para tetamu yang hadir



En Syamsul Amri Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN

YBhg Dato' Hj Abd Halim, Yang DiPertua MPN ketika menanti ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
Pn Hezlin dan Pn Norleeza bergambar bersama isteri Dato' Yang DiPertua (tengah)
Suasana ketika ketibaan YAB Menteri Besar
En Syamsul dan En Lotfee ketika menikmati hidangan yang disediakan
YAB Menteri Besar bersalaman dengan para tetamu sebelum meninggalkan majlis
Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan