Rabu, 28 September 2011

Seminar "Strategic Leadership & Organisational Resilience"

Pada 19 September 2011 hingga 20 September 2011, telah berlangsungnya satu Seminar Kepimpinan Organisasi bertajuk "Strategic Leadership and Organizational Resilience". Seminar ini telah berlangsung di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. Seminar ini telah dianjurkan oleh Universal Network Intelligence (UNI) menerusi AM Azure Consultant.

Penceramah bagi program ini adalah Mr. Andrew Munro, daripada AM Azure Consultant. Beliau berasal daripada Scotland, United Kingdom.

Peserta terdiri daripada 8 Pengurus Bank of Ceylon, Sri Lanka, 2 Pengurus Bank of Ayuthya Thailand, 1 Pengurus Bank (Bahagian Import Export) Filipina, 1 Eksekutif daripada Syarikat Bayer (Korea) manakala En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Nilai merupakan satu-satunya wakil daripada Malaysia.

Berikut dikongsikan beberapa gambar berkaitan dengan seminar ini.

Keadaan kesesakan lalulintas menuju ke tempat seminarSesak teruk daripada susur masuk Bangi hingga ke susur masuk KajangBarisan Pengurus Bank of Ceylon, Sri LankaMr. Andrew menerangkan isikandungan program kepada semua peserta seminarMerakamkan gambar kenanganEn. Syamsul turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama Mr. Andrew

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: