Selasa, 13 September 2011

Jamuan Aidil Fitri MPS di Dewan MPS

13 September 2011, Seremban : Sebaik sahaja selesai program Jamuan Aidil Fitri di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang berakhir pada jam 2.00 petang, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pula mengambil giliran menyambut tetamu di Jamuan Aidil Fitri nya mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Suasana meriah turut menyelubungi program dengan kehadiran ribuan tetamu jemputan. Pelbagai menu dan hidangan yang disediakan.

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah turut sama hadir ke program ini selaku tetamu kehormat.

En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN), Pn Ruhiyati Idayu Mohd Jali (Pengarah Jab. Perbendaharaan MPN) telah turut sama hadir selaku tetamu di dalam program ini.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: