Khamis, 11 Mac 2010

Majlis Menghafaz Al-Qur'an Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus


10 Mac 2010, Seremban – Satu Majlis Menghafaz Al-Qur’an Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Seremban pada hari ini. Program ini bermula pada jam 8.00 malam. Majlis Menghafaz Al-Qur’an ini diadakan antara lain merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap kecelikan Al-Qur’an di kalangan masyarakat Islam terutama golongan remaja dan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan mahupun institusi pengajian tinggi. Melalui budaya menghafaz dan seterusnya menguasai pemahaman kepada isikandungan Al-Qur’an akan mampu melahirkan individu dan juga masyarakat Islam yang mantap dari segi aqidah, akhlak dan syariahnya.
Majlis penutup Majlis Menghafaz Al-Qur’an ini telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YTM dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat, serta YTM Tuanku Besar Tampin.
Majlis Perbandaran Nilai pula telah diwakili oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, iaitu Pengarah Undang-Undang MPN.
Berikut dikongsikan bersama beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di Majlis berkenaan
Orang ramai yang memenuhi ruang dewan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Kehadiran yang sangat menggalakkan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya Skrin layar yang dibentang di kawasan lapang di luar dewan turut dipenuhi orang ramai
Suasana yang dirakamkan daripada belakang dewan
Lagi gambar dari ruang belakang
Unit Audio dan Visual yang bersedia di belakang dewan
Di antara pelajar-pelajar yang hadir dan terpaksa duduk diluar kerana ruang dalam dewan telah penuh sesak
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: