Selasa, 9 Mac 2010

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI)

Pada 9 Mac 2010 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah berlangsungnya Majlis Perdana Perkhidmatan Awam buat kali ke - 11 (MAPPA XI). Majlis tahunan ini diadakan bagi mendengar amanat daripada YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri serta Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Majlis turut dihadiri sebilangan besar menteri-menteri kabinet, menteri-menteri besar serta pegawai-pegawai kanan sektor awam.
.
Program dimulakan dengan nyanyian Negaraku, diikuti dengan Lafaz Ikrar Rukunegara dan bacaan doa. Tan Sri KSN memulakan program dengan menyampaikan ucapan alu-aluan dan kemudiannya terus diikuti dengan amanat YAB Perdana Menteri Malaysia.
.
Antara lain YAB Perdana Menteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada penjawat-penjawat awam yang telah menyumbangkan sebegitu banyak kecemerlangan pada tahun 2009. Sejajar dengan kata pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". YAB Perdana Menteri turut menyatakan kekagumannya terhadap peserta-peserta yang telah terlibat dengan makmal NKRA yang menampakkan kematangan kakitangan anggota perkhidmatan awam di dalam mencernakan idea-idea bernas ke arah menjayakan setiap misi dan visi kerajaan. Sebagai contoh, Klinik 1 Malaysia telah pun menjadi realiti hasil daripada usaha gigih semua pihak bagi menjadikannya suatu kenyataan. Kerajaan berpandangan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang berdaya maju sewajarnya berupaya untuk menyediakan ekosistem yang terbaik buat keseluruhan rakyatnya.
.
2 prinsip penting yang perlu diingat adalah;
.
Pertamanya; Hidup rakyat hari ini mestilah lebih baik daripada semalam. Dan hidup rakyat pada masa akan datang mestilah lebih baik daripada hari ini; dan
.
Keduanya; Kita mestilah meletakkan ekonomi negara agar berada di landasan yang terbaik dan meletakkan kedudukan ekonomi negara kita agar berada di aderah yang positif dan maju.
.
Kerajaan mengambilkira prinsip 1 Malaysia di dalam setiap tindakan. Malahan ia menjadi salah satu daripada prakarsa teras kerajaan bagi mewujudkan inisiatif ekonomi iaitu menerusi model ekonomi baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10). Gagasan bermatlamatkan Perpaduan Nasional akan terus diperjuangkan. Perpaduan Nasional ini pula tidak mungkin akan berlangsung dalam keadaan yang utophia (kesempurnaan) tetapi, setiap halangan yang pastinya ada akan ditangani dengan sebaiknya demi mempertahankan perpaduan nasional yang diperjuangkan sejak sekian lama.
.
Selama ini kerajaan memperkasakan perpaduan nasional dengan dua medium utama iaitu menerusi gubalan undang-undang serta melalui model ekonomi baru. Perlaksanaan tidak akan bermakna jika ia tidak dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. Dan semua pihak perlu faham akan kepentingan kerajaan bertindak selaku pemudahcara.
.
Semua penjawat awam perlu segera keluar daripada stigma masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah, namun itu tidak bermakna kita mahukan pendapatan yang tinggi sambil menggadaikan nilai manusiawi sehingga menjadi sangat rendah dan hina. Bagi mencapai ini iktisad kerajaan perlulah dipertingkatkan. Realiti semasa, kita tidak boleh lalai dan alpa dengan mengambilkira cabaran-cabaran yang cukup hebat diewasa ini. Jika kita gagal pasti akan ada pihak lain mengambil kesempatan, sebagaimana dikatakan "Our losses is always somebody elses gain!".
.
Bagi mewujudkan generasi MURABBI maka kerajaan akan memfokuskan usaha menaiktaraf universiti dan pengajian tinggi negara agar benar-benar berkualiti tinggi dengan usaha membudayakan 'paragon of excellence'. Untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang diidamkan 4 teras utama yang perlu dipegang adalah;
.
Pertamanya; Mementingkan kreativiti dan inovasi;
.
Keduanya; Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan. "Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan!".
.
Ketiganya; Nilai untuk wang (value for money); dan
.
Keempatnya; Nilai integriti.
.
Dengan prinsip-prinsip dan nilai yang diutarakan ini jika dipegang erat dan kukuh, mampu memacu negara ini menuju ke mana jua destinasi yang ingin dituju. Khidmat yang diberi mestilah menampakkan kesungguhan, sehinggakan biarlah orang berkata:
.
"Belum diseru sudah menyahut!"
"Belum dipanggil sudah datang!"
"Belum disuruh sudah pergi!"
.
Demikianlah di antara amanat-amanat yang disampaikan malahan menerusi cakap-cakap penjawat awam yang hadir pada pagi ini merasakan inilah amanat yang terbaik dan komprehensif yang pernah disampaikan oleh seorang yang bergelar YAB Perdana Menteri Malaysia. Tahniah diucapkan.
.
Persidangan MAPPA XI yang menantikan ucaptama berupa amanat daripada Perdana MenteriTan Sri KSN menyampaikan ucapan alu-aluan
Suasana di dalam Dewan Plenari PICC Suasana yang kekal tenang dan fokus di sepanjang majlis berlangsung
Tan Sri KSN menyatakan apresiasi terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri
Di antara wajah orang ramai yang hadir
Tibalah masa dinanti, amanat daripada YAB Perdana Menteri
Memulakan ucapan dengan penuh tenang dan sabar
Isikandungan yang jelas, dinamik dan padat
Setiap kandungan diperhalusi sebaiknya untuk bekalan penjawat-penjawat awam
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: