1 Mac 2010
Bertempat Di Perkarangan Tempat Letak Kereta
Taman Kejiranan Rasah Kemayan
.
1 Mac 2010, Seremban - Penduduk di Taman Rasah Kemayan begitu bertuah, kerana kemudahan yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan kini menjadi nyata. Pada 1 Mac 2010, Taman Kejiranan Rasah Kemayan telah diserahkan secara rasminya kepada penduduk Taman Rasah Kemayan. Taman Kejiranan yang mana projeknya telah diusahakan oleh Majlis Perbandaran Nilai ini berkeluasan 8 ekar dan telah disiapkan dengan peruntukan daripada pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sebanyak 2.9 juta. Projek ini telah disiapkan dalam tempoh 56 minggu di mana telah siap sepenuhnya pada 14 Januari 2010.
.
Di antara komponen-komponen kemudahan yang terdapat di Taman Kejiranan ini termasuklah:
.
a) laluan siarkaki (jogging track - 2km 1 pusingan)
b) tempat latihan / senaman
c) gelanggang futsal
d) padang bola
e) taman permainan kanak-kanak
f) tempat letak kenderaan
g) tandas
h) tong sampah
i) kemudahan OKU
j) pavilion
.
Taman Kejiranan Rasah Kemayan ini merupakan yang pertama seumpamanya di Negeri Sembilan ini dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Di dalam ucapan perasmiannya YAB Menteri Besar telah menasihatkan agar penduduk di sini agar memanfaatkan kemudahan yang ada serta bersama-sama menjaga kemudahan awam yang telah disediakan oleh Kerajaan ini. Anggaplah kemudahan awam ini sebagai milik 'kita' dan dijaga sebaiknya. YAB Menteri Besar turut menasihatkan agar kemudahan awam, terutamanya Tandas Awam yang telah disediakan di sini di jaga kebersihannya.
.
Turut sama hadir di dalam Majlis Perasmian ini adalah YBhg Dato Hj Abd Halim Abd Latif (Yang DiPertua MPN), YB Datuk Siow Chen Pin (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), YB Datuk Hasim Rusdi (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan Tuan Hasnol (Pegawai Daerah Seremban).
.
Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh tidak kurang daripada 1,000 orang bagi menyaksikan detik bersejarah penyerahan Taman Kejiranan Rasah Kemayan ini. Tahniah buat Dato YDP dan sekelian warga kerja MPN yang telah terlibat sama merealisasikan projek Taman Kejiranan ini serta program perasmian yang telah berlangsung dengan gilang-gemilang ini.
.


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan