Sabtu, 27 Mac 2010

Perhimpunan Pagi Bulan MAC 2010

Perhimpunan Pagi Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi bulan Mac telah diadakan pada 25 Mac 2010 bertempat di bilik Gerakan MPN. Perhimpunan bagi bulan Mac ini telah dikelolakan oleh Jabatan Landskap MPN. Pada majlis Perhimpunan Pagi kali ini, kakitangan MPN telah berpeluang mendengar amanat yang disampaikan oleh Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
.
Di dalam ucapan Dato Yang DiPertua, beliau telah menyampaikan dua intipati utama iaitu pertamanya; penerangan mengenai Konsep "1 Malaysia" dan keduanya; penerangan berkenaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area) atau disebut sebagai NKRA. Dato Yang DiPertua tidak mahu kakitangan MPN hanya mendengar tanpa memahami kedua-dua konsep ini. Kedua-dua perkara ini sering diperbincangkan maka adalah penting untuk kakitangan agar dapat memahami kedua-dua perkara ini dengan sewajarnya.
.
Di dalam konsep 1 Malaysia, mementing semangat kekitaan serta bersatu padu kerana negara Malaysia perlukan ini demi menjamin kestabilan serta keharmonian negara. Malahan kita tidak mahu disebabkan rakyat berpecah-belah, keamanan negara menjadi porak peranda.
.
Dato Yang DiPertua turut menegaskan bahawa sebagai penjawat awam, seluruh kakitangan perlu menghayati slogan di sebalik konsep "1 Malaysia" itu iaitu, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Dengan cara ini kita tidak akan meminggirkan setiap permintaan rakyat serta kita akan sentiasa berusaha melaksanakan tugas kita sebaik mungkin.
.
Di dalam huraiannya tentang NKRA beliau menggariskan bidang-bidang yang telah dijadikan asas di dalam NKRA iaitu:
.
1. Mengurangkan kadar janayah
2. Memerangi jenayah rasuah
3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
5. Memperkasa prasarana kawasan luar bandar
6. Menambah baik sistem pengankutan dalam jangkamasa sederhana
7. Memastikan dapat menjadikan pertanian sebagai pembekal utama makanan kepada rakyat (SKRA)
8. Memberi penumpuan kepada generasi muda (SKRA); dan
9. Meningkatkan produktiviti (SKRA).
.
Terima kasih diucapkan kepada Dato Yang DiPertua di atas amanat yang telah disampaikan. Semoga segala isikandungan ucapan tersebut akan dapat difahami serta dihayati oleh sekelian kakitangan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) hendaknya. Mudah-mudahan...
.
En. Nasiruddin (Pengarah Landskap) duduk di sebelah Tuan Hj Ali Luman (Setiausaha MPN) Suasana di dalam Bilik Geraka ketika mendengar amanat daripada Dato YDP
Kakitangan mendengar amanat Dato YDP dengan penuh ketenangan
Dato Hj Abd Halim, Yang DiPertua MPN ketika menyampaikan ucapan
Setiap isikandungan amanat dihayati sepenuhnya
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: