12 Julai 2011, Nilai : Satu majlis pelancaran pasukan penampal jalan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah di adakan di Jalan 2/5 Taman Semarak, Nilai. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Nilai.
Dengan pelancaran ini, diharapkan MPN akan berjaya menangani segala aduan berkaitan kerosakan jalan dengan lebih cekap dan berkesan di sekitar MPN.
Turut sama hadir di dalam program ini adalah En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan, En Nazri A. Ghani, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar & Desa, En Zulkiefly Nasir, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, En Nasiruddin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Landskap serta En. Saiful Azuar Ahmad Jadi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komuniti & Aduan Awam.
Majlis bermula pada jam 12.50 tengahari dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang. Di dalam majlis ini juga telah berlangsungnya sidang akhbar bagi menjawab segala persoalan berkaitan perkembangan terkini yang telah dijalankan oleh pihak MPN, termasuklah perkembangan tindakan-tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes judi internet yang sudah mula menghantui masyarakat sekitar.
Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang majlis ini berlangsung. 





















Disediakan oleh : EDITOR






















Disediakan oleh : EDITOR
Konsep pembinaan Sime Darby Idea House adalah berdasarkan pembinaan modular yang bermaksud Sime Darby Idea House ini dibesarkan atau dikecilkan dari saiz asalnya dan dipindahkan dari lokasi jika perlu. Ini akan menjimatkan masa pembinaan dan sisa binaan dapat dikurangkan.
Malahan dengan kerjasama yang padu daripada kontraktor, jurutera, perancang landskap serta pembekal-pembekal bertauliah, ia bakal menjadi pelopor dalam industri senibina mampan dan akan dapat diaplikasikan di dalam gaya hidup seharian masyarakat Malaysia pada abad ke-21.
Kediaman prototaip ini merupakan antara langkah Sime Darby Property Berhad dalam menyahut seruan kerajaan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menitikberatkan penggunaan teknologi hijau dan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Usaha pembangunan mampan ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 40% menjelang tahun 2020.









Disediakan oleh : 








Disediakan oleh : 













Disediakan oleh :