Khamis, 12 Januari 2012

Jamuan JUUP Meriah !!

13 Januari 2012, Nilai : Satu majlis Jamuan Tahunan telah diadakan bertempat di Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasa MPN. Program jamuan ini merupakan program tahunan dan jamuan ini melengkapkan aktiviti tahunan 2011 yang biasanya diakhiri dengan jamuan.

Di dalam majlis ini beberapa kakitangan MPN yang telah diumumkan sebagai pekerja terbaik bulanan telah menerima sijil-sijil yang disediakan oleh Jabatan. Diharapkan dengan penganugerahan sijil ini akan menggalakkan setiap pekerja menunjukkan prestasi terbaik setiap hari di dalam melaksanakan tugasan. Ia juga diharapkan menjadi pembakar semangat untuk kakitangan lain untuk terus mempertingkatkan usaha.

Majlis telah dimulakan dengan alu-aluan oleh Sdr Syukri Tahir yang bertindak selaku Pengerusi Majlis. Majlis kemediannya diteruskan dengan bacaan doa oleh Sdr Jelani Rashik bagi memberkati majlis berkenaan.

Kemudiannya majlis telah menjemput En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan untuk menyampaikan ucapan. Menerusi ucapan beliau, beliau menyampaikan rasa terima kasih buat semua di atas usaha serta gerakerja yang memungkinkan tercapainya segala sasaran kerja bagi tahun 2012. Begitu juga beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan bagi merealisasikan transformasi pelaksanaan tugas mulai tahun 2012 ini. Adalah diharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Sebaik sahaja selesai ucapan daripada Tuan Pengarah, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah voucher KFC serta cabutan nombor bertuah buat semua kakitangan JUUP. Hadiah-hadiah ini adalah hasil daripada yuran bulanan RM5 yang dibayar oleh setiap kakitangan di sepanjang tahun 2012.

Kemudiannya majlis ditutup dengan jamuan buat semua kakitangan. Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program tersebut berlangsung.

Kata-kata aluan daripada Sdr Syukri Tahir selaku MCSdr Jelani Rashik membacakan doa pembukaanEn Syamsul Amri ketika menyampaikan ucapanSemua mendengar dengan tekun setiap amanat yang disampaikanPenyampaian sijil-sijil pekerja cemerlang bulanan JUUPCabutan nombor bertuah dan penyampaian voucher KFCSeterusnya acara kemuncak ...... jamuan makan

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: