Khamis, 26 Januari 2012

Selamat Pengantin Baru Kama & Syamimi !

SELAMAT PENGANTIN BARU Kamasafie bin Karim & Syamimi binti Hashim

22 Januari 2012

****************************************

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Kamasafie atau lebih mesra dengan panggilan Kama yang telah melangsungkan perkahwinannya bersama pilihan hatinya Syamimi. Kama merupakan kakitangan di Unit Letak Kereta, Jabatan Khidmat Pengurusan. Beliau yang sememangnya akrab dengan kakitangan Jabatan Undang-Undang memandangkan beliau merupakan penjaga gol pasukan bolasepak MPN.

Majlis Persandingan di rumah pengantin perempuan telah berlangsung pada 21 Januari 2012 bertempat di Kampung Mayor/Gayan, Pantai manakala di rumah Kamasafie sendiri berlangsung pada 22 Januari 2012 di Taman Irama, Kuala Klawang. Turut hadir ke majlis di Kuala Klawang ini adalah En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN.En Syamsul telah hadir bersama isteri dan anak-anaknya.

Apa-apapun dengan ini EDITOR mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Kama dan Syamimi dengan ucapan semoga dimurahkan rezeki serta dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.


Suasana di meja santapan raja sehariCeria memberikan 'pose' kepada jurukamera

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: